Sabtu, 25 Oktober 2008

UMNO Johor dalam KELAS TERSENDIRI




Written by jebatmustlive

Bukan nak memuji, tak juga nak masuk bakul angkat sendiri, tetapi puas berfikir senario semasa. Bila mana Perhubungan-perhubungan negeri sibuk mengarahkan anak-anak buahnya mencalonlan pemimpin dari negeri -negeri mereka, ternampak UMNO Johor berada di dalam kelasnya yang tersendiri.

Badan Perhubungan UMNO Melaka sebulat suara bermesyuarat mencalonkan Ali Rustam sebagai calon Tim Presiden.

Badan Perhubungan UMNO Perak sebulat suara dan sekata mencalon Zahid Hamidi selaku calon Naib Presiden.

Badan Perhubungan UMNO Selangor seia sekata mencalonkan Mat Taib dan Khir Toyo selaku calon Tim Presiden dan KP UMNO Malaysia.

UMNO Johor pula mengambil pendirian yang MATANG dan sekaligus menunjukkan UMNO Johor UNGGUL sebagai lambang demokrasi UMNO Malaysia.

Syabas saya ucapkan kepada UMNO Johor kerana tidak terikut-ikut dengan tindakan badan-badan perhubungan negeri lain, yang menidakkan hak-hak ahli UMNO di bahagian mereka sendiri dengan mengeluarkan arahan hanya mengundi calon-calon dari negeri mereka sendiri.

Tindakan UMNO Johor menunjukkan kepada UMNO-UMNO negeri lain, bahawa di dalam memilih kepimpinan UMNO, yang pentingnya bukan dari negeri mana pemimpin tersebut berasal, tetapi yang paling penting adalah tidak kira dari mana mereka berasal, mereka perlulah mempunyai nilai-nilai kepimpinan yang tinggi, berintegriti dan mampu membawa UMNO ke puncak kegemilangan.

Dengan ini saya menyeru badan-badan perhubungan UMNO seluruh Malaysia mengambil iktibar dari tindakan UMNO Johor yang berkecuali dan menyerahkan sepenuhnya kepada ahli-ahli UMNO seluruh Johor untuk memilih pemimpin UMNO yang terbaik buat UMNO.

Semarakkan demokrasi di dalam UMNO.

Jangan dikekang hak-hak ahli untuk memilih hanya pemimpin dari negeri-negeri tertentu sahaja.

JIka ini berlaku amat malang bagi UMNO dikala UMNO sedang bergelut dengan hidup-matinya sebgai parti tersohor di Malaysia

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Comment by kingmaker on 2008-10-22 15:17:23
Salam buat pembaca, sesungguhnya UMNO Johor perlu berbangga dengan arah yg ditunjukkan kpd Perhubungan UMNO negeri2 lain. Selain dari tempat lahirnya UMNO itu sendiri, UMNO Johor perlu menunjukkan contoh bagaimana utk memilih pemimpin tanpa meletakkan semangat kenegerian. Tidak seperti badan perhubungan UMNO lain yg menunjukkan semangat kenegerian lebih dari kemampuan sesorg calon itu, UMNO Johor lebih matang dlm menentukan hala tuju serta masa depan parti UMNO itu sendiri. Semangat kenegerian tidak akan membawa kita kemana-mana jika negeri sendiri diperintah oleh parti pembangkang.
UMNO Johor juga perlu menunjukkan contoh bahawa politik wang tidak diterima oleh akar umbi. Mrk2 yg bergelumang didlm politik wang di Johor harus dinyahkan dari parti secara total. Tolak permainan kotor yg ditunjukkan oleh KJ dan kuncu2nya. Bongkarkan musibah yang melanda UMNO bahagian Gelang Patah dan bahagian Johor Bahru yg telah dicemar oleh tangga2 kotor KJ dan kuncu2nya.
Hanya UMNO Johor sahaja yg mampu menunjukkan contoh sebenar perjuangan menegakkan Agama, Bangsa dan Negara.Syabas Badan Perhubungan UMNO Negeri JOHOR DARUL TAKZIM, Moga ALLAH memberkati perjuangan anda semua...amin..

anak negeri perak.. Daulat Tuanku x3, Hidup Pak Tun x3

-----------------------------------Comment by muar on 2008-10-22 15:48:32
amat malang jika kriteria memilih pemimpin tertinggi di dalam UMNO berdasarkan kenegerian seseorang pemimpin...jika itu berlaku hampir mustahil Melaka dan Perlis akan mempunyai hatta ahli MT pun...

maka hala tuju badan perhubungan UMNO negeri Johor yang tidak membuat apa apa kenyataan seperti badan badan perhubungan negeri lain yg menasihatkan memlih hanya pemimpin dari negeri mereka sebagai calon, amat bertepatan....

begitu juga dgn badan perhubungan UMNO Sabah...yg merupakan kubu terkuat UMNO buat masa ini...tahniah utk kamu...

-----------------------------------
Comment by ajai62 on 2008-10-22 15:53:46
Salam

Kita boleh faham...negeri2 yang sebulat suara konon nya mencalonkan anak negeri mereka seperti Melaka, Perak dan Selangor adalah kerana calon2 mereka tu pun adalah proxy PL bila dia pencen untuk menjaga menantu PL kalau KJ menang...tapi kalau ikut rekod sendiri memang tak layak pun untuk bertanding..mereka ni mengikut arahan bos yang nak pencen tu...syabas pada UMNO Shah Alam kerana tak mencalonkan Mad Tyson...yang penuh dengan salah laku...Untuk UMNO JOHOR teruskan perjuangan yang belum selesai...

Wasalam


-----------------------------------
Comment by muar on 2008-10-22 16:33:59
aha syabas terhadap UMNO Bahagian Shah Alam.

-----------------------------------
Comment by jose on 2008-10-22 17:58:39
teruskan perjuangan UMNO Johor!

-----------------------------------
Comment by faeez58 on 2008-10-23 02:22:11
Salam.,

Saya berpendapat.,bukan hanya jawatan-jawatan di dalam Parti sahaja yang mesti dipertandingkan bahkan jawatan Menteri Besar sesebuah Negeri juga perlu difikirkan sekali.

Ianya harus melalui kaedah yang berbeza daripada proses pemilihan pucuk pimpinan parti.,tetapi ianya mesti mengikut garis panduan tersendiri.

Oleh itu kerajaan harus menimbang semula cara pemilihan/mengekalkan jawatan tersebut berdasarkan prestasi sesebuah Negeri berdasarkan beberapa faktor seperti Ekonomi,Pelaburan,Kadar Pertumbuhan/Penguncupan KDNK dsb.

Sebagai generasi muda.,saya ingin melihat Negeri Johor dapat memainkan peranan sebagai pesaing/musuh utama Ekonomi bagi Negara Singapura kerana dengan kedudukan Geografi Negeri Johor itu sendiri serta sokongan dari Kerajaan Pusat ianya mampu direalisasikan.

Saya berharap satu hari nanti Negeri Johor bakal akan mempunyai seorang MB yang mempunyai formula yang dapat menggugat Ekonomi Singapura.,Insyallah.Amin.!




-----------------------------------
Comment by rushdee on 2008-10-23 10:21:40
Saya berpendapat apabila UMNO Bhg Ledang telah mencalonkan DS Najb sebagai Presiden dan TSMY sbg Timbalan Presiden maka secara tidak langsungnya UMNO Johor telah mengendorse TSMY sebagai Timbalan Presiden. Mesej ini harus kita faham kerana Dato' Hj Abd Ghani adalah pemimpin yang sangat halus budi pekertinya dan sangat tertib tingkah lakunya demi menjaga kedudukan UMNO Johor supaya tidak bergolak. Inilah antara beliau sangat dihormati dan disegani manakala musuh2 beliau mati akal untuk memburukan beliau. syabas Dato' Ghani... teruskan memimpin UMNO dan Negeri Johor mengikut acuan Dato' sendiri. Saya dan rakan2 seperjuangan akan terus menyokong kemimpinan dato' selagi hayat dikandung badan.

-----------------------------------
Comment by joko on 2008-10-24 06:17:31
Aku sokong Dato' Abd Ghani Osman dan Dato' Halimah Sadique. Hidup Dato' Ghani, Hidup Dato' Ghani

-----------------------------------
Comment by YEZZ on 2008-10-24 13:54:16
huhu, jika dipandang dari sudut yg lebih luas, ketetapan yg tidak menetapkan pendirian Badan Perhubungan UMNO negeri Johor adalh disebabkan oleh personaliti individu yg menjawat jawatan tersbt yg sememangnya kurang pengaruh untuk menguasai beberapa bahagian2 UMNO dlm negeri Johor. YAB Dato'MB risau jikalau kenyataan beliau akan "backfire" dirinya sendiri.

MB sememangnya boleh dilihat sebagai kononnya "elegant Silence" tetapi hakikat urus tadbir korporat, perjalanan urustadbir K'jaan Negeri dan beberapa tindakan dari perkara2 peribadi yg berbangkit memperlihatkan bahawa MB mmg jenis sebegitu.

Jikalau dipandang dr sudut negatif maka negatif lah dia. Wallahualam.




-----------------------------
Comment by johor on 2008-10-25 01:23:59
Secara tetap aku cadangkan YB Dato seri Hishamuddin Tun Hussain dilantik jadi Timb.Perdana Menteri,PM dah tentulah Dato Seri Najib Tun Razak.Yg lain bolehlah terus kekal jadi Menteri Besar,Menteri ,Timb.Menteri atau pun Wakil Rakyat yg setia.walaupun beliau dicadngkan Naib Presiden tapi beliau jujur,tak ada sifat tamak terhadap kuasa.Lagi satu beliau amat disenangi baik diperingkat dewasa,muda maupun adik-adik maupun anak-anak.Percayalah Dato seri najib,jika Dato seri hishamuddin yg dipilih jadi Timb.PM saya amat berkeyakinan 100% Malaysia akan maju,aman,stabil dan amat dihormati serta disegani diseluruh duani ini.Allah telah mengurniakan satu cahaya ....bukan utk bangsa Melayu saja bahkan Utk keseluruhan Rakyat Maaysia yg berbilang kaum ini.Amin .

-----------------------------------
Comment by e9malaysia on 2008-10-25 01:44:45
Dato' Ghani sememangnya tinggi budi perkertinya, kebijakan dia berpolitik menyelamatkan ramai calon yang bertanding kali ini. Cuba bayangkan kita berada ditempat Abdul Ghani, takkan nak endos Timbalan Presiden sahaja. Apa pula perasaan calon naib...lagipon takkan Badan Perhubungan UMNO Johor nak endos ketiga-tiga calon, nanti tentunya ada yang berkecil hati kerana Khaled ialah Timbalan Perhubungan, Hisham ialah Ketua Pemuda dan Syed Hamid sendiri menteri kanan dan orang lama.
Bagi jawatan ahli majlis kerja tertinggi pula terdapat lapan orang calon dari Johor, kalau diendos kesemua mereka tentu juga negeri lain akan marah dan silap hari bulan tak mahu memcalonkan calon-calon Johor dan bagi saya tindakan Abdul Ghani amat bijak dan matang.

-----------------------------------
Comment by joko on 2008-10-25 08:09:38
Hari ini TSMY tak belasah buntut Dato' Ghani. Tapi akan datang bila TSMY dah berkuasa, rasanya abis Dato' Ghani kena cantas di Johor. PRU12 lepas pun ramai yang bersungguh nak jadi pengganti Dato' Ghani. Khalid Nordin lah, Dato' Shahrir lah.

TSMY kena ingat jasa besar Dato' Ghani tak tikam belakang beliau kali ini. Tapi TSMY ini takutnya jenis melayu pelupa. Hidup Dato' Ghani, Hidup Dato' Ghani. Hidup Zapin.

-----------------------------------
Comment by MatIndra on 2008-10-25 14:17:56
Harap2 Muhyiddin mampu jadi Timbalan Presiden yang baik dan tak melupakan apa yang dibantu oleh orang-orang Johor hari ini.
Walaupun ada yang terluka dengan apa yang dilakukan oleh TSM sebelum ini terutama ketika menjadi MB Johor tapi semua itu cerita lama dan mari kita buka lembaran baru untuk memulihkan keyakinan orang Melayu khasnya dan rakyat amnya terhadap UMNO.
Harap-harap juga TSM dan orang-orangnya mampu memulihkan hubungan dengan Ghani dan kita bina semangat baru dalam konteks menang-menang.

Tanpa Nama berkata...

bagaimanakah ingin menghubungi majalah e9?

terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

untuk hubungi majalah e9, bolehlah email di alamat e9life@yahoo.com.my atau sms di no. 013-7922077

Tanpa Nama berkata...

Berharap sangat Che Det membuka senarai mereka yang terlibat dengan politik wang. Tak kira siapapun mereka hatta Tan Sri Mahyuddin.

Dalam keadaan kegawatan politik kini, UMNO hanya ada dua pilihan, menjadi parti politik yang bersih dari rasuah atau akan berkubur setelah PRU ke 13 nanti.

Selamatkan UMNO = Selamatkan Melayu