Baru-Baru ini Tun Musa Hitam menyatakan UMNO kini sedang mengalami penyakit tua. Menurut beliau "Generasi muda diperlukan bagi membantu memulihkan semula penyakit tua UMNO yang kini sudah menginjak usia 61 tahun.
Katanya, penyakit tua Umno kini tidak boleh lagi dibaiki atau dirawat golongan tua kerana Umno kini memerlukan muka baru yang lebih muda untuk mengembalikan semula Umno serta keyakinan rakyat terhadap parti itu.
Katanya lagi, Penyakit tua ini tidak boleh diperbaiki oleh orang tua-tua, jadi maksud saya mereka yang hendak bertanding pada pemilihan Umno Mac depan, yang ingin memegang jawatan tertinggi haruslah terdiri daripada golongan muda yang mempunyai idea yang baru.
Diatas adalah pedapat Tun Musa Hitam. Persoalannya, betul ke UMNO hanya boleh diubati oleh orang muda, walaupun saya masih muda, saya tidak setuju 100% pandangan Tun Musa itu.
Sebelum ini, Tun Musa adalah antara ikon politik di Johor tetapi sejak akhir-akhir ini keyakinan orang ramai khususnya ahli UMNO terhadapnya semakin pudar, lebih-lebih lagi statementnya terhadap Tun Dr M sebaik Tun meninggalkan UMNO.
Cuba bayangkan semua orang muda yang mempunyai cita-cita tinggi dalam politik berada dalam senarai naib, mereka akan cuba overshadow antara satu sama lain dan jika berkesempatan, jangankan timbalan, presiden pun mereka sanggup tengang.
Lihat sahaja contoh orang Muda yang masih berhingus dalam politik, Jazlan Glamour yang menawar diri terus menjadi timbalan presiden. jika beliau dicalonkan dan layak bertanding tentu ada sesuatu yang tidak kena dengan parti kita, waktu itu jangankan orang luar akan berminat dengan UMNO ... saya sendiri akan terfikir, salah parti ke aku salama ini berketuakan pemimpin yang gila kuasa dan mementingkan diri sendiri.
Justeru.pendapat Tun Musa jelas tidak betul sama sekali, pengalaman orang lama amat diperlukan, Mereka banyak pengalaman dan sudah diterima bangsa-bangsa lain sebelum ini.
Dalam kes Pak Lah yang 'mengamuk' teradap campur tangan Tun Dr M, jelas hanya DS Rais Yatim yang bersuara mempertahankan mantan PM itu. Beliau memberikan pendapat tanpa berkepentingan. Sebab itu kita lihat bahagian TS Muhyiddin dan D Shafie Afdal mencalonkan DS Rais dan ini memberi gambaran yang boleh diinterpritasikan dari pelbagai sudut oleh banyak pihak.
Memang benar kita perlu meremajakan parti yang sudah berusia 61 tahun, namun ia perlu disulami dngan orang lama yang lebih berpengalaman serta boleh menegur dan bercakap khususnya dalam MT.
Zaman berubah...umno berubah, jika dahulu orang memilih berdasarkan pengalaman dan kredibeliti sekarang siapa yang paling pandai berkempen dia akan popular, sebab itu kita lihat orang lama agak ketinggalan di segi pencalonan.
Sabtu, 25 Oktober 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
User Comments
--------------------------------------------------------------------------------
Comment by joko on 2008-10-24 10:01:18
yeah aku komen yang pertama
--------------------------------------------------------------------------------
Comment by bagong on 2008-10-24 10:06:57
Presiden : DS Najib Tun Razak
Timbalan Presiden : TS Muhyiddin Yassin
Naib Presiden
- DS Hishammudin
- DS Safie Afdal
- DS Rais Yatim / DS Zahid Hamidi
Ketua Pemuda : Dato' Mukhriz
Gandingan muka baru dan lama ini Insya Allah akan dapat memulihkan parti. Amin...
--------------------------------------------------------------------------------
Comment by pulai on 2008-10-24 10:13:26
Ini ke Yusaini Ali yang telah dilucutkan keahlian dari UMNO Bahagian Pulai, kerana menipu tandatangan ketua cawangan. No wonder dia sakit hati dengan Nur Jazlan.
--------------------------------------------------------------------------------
Comment by dinzi on 2008-10-24 10:19:18
Tun Musa bagi statement nie sebab nak sindir Tun Dr mahathir yang beliau dah tua, tak payah nak campur tangan dalam pentadbiran kerajaan. Bagi budak2 muda (KJ secara tak langsung), tapi kalau semua orang muda memerintah nak bagi pelungkup negara le tu. Inilah nasihat paling malang oleh seorang bekas pemimpin yang ditolak oleh ahli2 UMNO.
Tun Musa yang sokong dasar keterbukaan Pak Lah, semua orang boleh bercakap apa2 saja. Bebas sebebas burung terbang.. tengoklah kesannya sekarang sampai Pak Lah pun dilondehkan oleh semua orang.
Tun Musa Hitam nie kan regu Pak Lah. Beliau lah orang yang paling kecewa semasa zaman beliau aktif dalam UMNO dulu kerana ahli2 UMNO lebih menyokong Tun Dr Mahathir berbanding beliau. Beberapa kali beliau telah merancang & berkonspirasi dalam UMNO untuk menumbangkan Tun Dr Mahathir dalam beberapa siri pemilihan UMNO dulu.
Apabila Pak Lah naik jadi PM beliau jawat macam2 jawatan penting. Sepatutnya Pak Lah lantiklah Tun Dr Mahathir ke jawatan2 tersebut barulah Malaysia dipandang hormat oleh dunia. Tapi Pak Lah takut pulak populariti beliau merosot kelak maka dilantiklah Tun Musa Hitam, maka takde lah apa2 perubahan yang ternampak sekarang.
Apa punya Tun Musa..............
--------------------------------------------------------------------------------
Comment by ahbodolah on 2008-10-24 10:25:04
Tun Musa ni agak2 ada kaitan ke ngan Jazlan.??? Maybe 2-2 ada duduk dalam satu company yg sama ker mana tau....
Kepada Pulai.. siapa pun Yusaini Ali itu tidak lah penting... yang penting dan yakin Jazlan tak akan dapat pencalonan, kalau dapat pun hanya dari UMNO Bhgn Pulai sendiri. Itu pun kalau dia menang ketua bhgn.
aku pun bersimpati dengan Jazlan kerana niat suci dia memulihkan UMNO hanya dianggap joker oleh orang UMNO... Tapi memang betul pun Joker. Hahaha....
--------------------------------------------------------------------------------
Comment by joko on 2008-10-24 11:10:49
PM : Tun Mahathir
TPM : TS Muhyiddin Yassin
NP : Hishamuddin, Rais Yatim, Shafie Afdal
KP : Mukhriz Mahat
NKP : Pok Li Ibrahim
KW : Mama Fidah
NKW : Juhi Chawla
--------------------------------------------------------------------------------
Comment by terongpipit on 2008-10-24 15:25:25
Salah tu joko, kita kena hormat Tun Dr Mahathir sebab beliau bukan nakkan kerusi PM tu, Tun hanya mahu Malaysia ditadbirkan secara bersih, Cekap dan Amanah.... jadi kalau team yang dibawah boleh lakukan, Tun sure senang hati:
PM : DS Najib Tun Razak
TPM : TS Muhyiddin Yassin
NP : Hishamuddin, Rais Yatim, Shafie Afdal
KP : Mukhriz Mahat
NKP : Pok Li Ibrahim
KW : Mama Fidah
NKW : Juhi Chawla
--------------------------------------------------------------------------------
Comment by kingmaker on 2008-10-24 16:11:31
Salam kpd pembaca, Tun Musa Hitam ni sebenarnya dah nyanyuk. Satu hal lg dia nak tunjukkan yg dia ni bijak. Ada ke bila Pak Lah diam dia kata elegant silence. Apa mendanya elegant bila silence? Memang patut pun dia kena tendang dr jadi TPM masa zaman Pak Tun dulu. Kalau dia dpt memerintah, jwbnya lingkup agama & bangsa kita. Tak sedar lg kenapa anak lelaki dia terkorban masa highland towers runtuh ke Tun Musa. Itu diatas dosa2 yg Tun Musa dah lakukan kpd mangsa yg tak berdosa di Memali, Baling, Kedah dulu. Ada ingat ke wahai Tun Musa? Kalau tak ingat, ni sy ingatkan. Jgn nak jd bongkak dan nak tunjuk pandai dgn kata2 yg tak bernas mcm elegant silence. Nnt kena silencer baru tahu...
--------------------------------------------------------------------------------
Comment by ajai62 on 2008-10-24 16:34:56
Salam
Musa Hitam ni memang dah tak releven...dia ni sekarang sibuk nak jaga kroni dia dalam Iskandar Msia...tak mustahil atas nasihat dia pada PL Jambatan Bengkok di batakan...siapa tau dia pun berkomplot dgn Spore....manusia macam ni memang tak bole di harap nak menjaga bangsa melayu...Memang lingkup negara kalau KJ dan konco2 dia perintah...tak faham lagi ke
Wasalam
--------------------------------------------------------------------------------
Comment by joko on 2008-10-24 21:19:13
Orang lain tak boleh buat apa yang Tun Mahathir buat. Aku yakin dato' najib pun tak boleh buat apa yang Tun buat. esok lusa berlaga pulak rosmah, dato' najib dengan Tun Mahathir.
--------------------------------------------------------------------------------
Comment by MatIndra on 2008-10-24 21:29:35
Salam...
aku amat tertarik kepada artikel ini...dan setuju 200% dengan penulis Yusaini Ali ini yang mengatakan sepatutnya peremajaan UMNO perlu disulam dengan orang lama yang berpengalaman.
Siapa yusaini bagi aku tak penting yang penting apa yang diperkatakannya betul. Tun Musa memang nampak semakin tak releven bila memberikan komen, nampak nyanyuk...dia sepatutnya duduk rumah beribadah sahaja...dah banyak buat salah pada UMNO khususnya orang Johor.
Apa salahnya Yusaini memberi contoh Jazlan kerana dia menjadi isu nasional apabila menawar diri bertanding Timbalan Presiden, tapi 99.99% akan mengatakan dia pak lawak atau giler apabila membuat keputusan itu.
Bagi aku siapa Yusaini tak penting yang penting dia berkata benar apabila menulis dan aku suka tulisannya.
Presiden : Datuk Seri Najib
Timbalan : TS Muhyiddin
Naib : Hisham/Khaled/Shafie/Zahid (ambil dua tempat)
Rais atau Syed Hamid mewakili orang lama (satu lagi kerusi naib)
Ketua Pemudam : hanya Mukhriz yang layak
--------------------------------------------------------------------------------
Comment by e9malaysia on 2008-10-24 21:45:01
Aslamulaikum...
terima kasih kerana memberi komen terhadap artikel ini. Kepada Pulai, terima kasih kerana mengingatkan saya. Saya sebenarnya sudahpun menghantar surat penjelasan kepada ketua-ketua cawangan dan perwakilan di Pulai yang banyak mencalonkan saya untuk G7.
Saya sudah menjadi setiausaha pemuda Pulai untuk hampir setahun dan telahpun membantu jentera pilihanraya BN Pulai khususnya melalui penubuhan Bilik Gerakan Pemuda BN Pulai.Waktu itu tiada siapa pertikaikan keahlian saya.
Secara tiba-tiba apabila ketua bahagian rasa terancam, serta calon timbalannya yang berkepentingan peribadi, saya kini bukan lagi ahli UMNO Pulai...saya sudah jelaskan semuanya dalam surat saya itu dan saya ulangi di sini...Waulallahi Wabillahi Watauallahi, saya bersumpah kemasukan saya di cawangan itu memang atas persetujuan dan pengetahuan Ketua cawangan tetapi apabila tiba musim pemilihan dia menafikan pernah menandatangani kemasukan saya.
Saya tidak mahu membantah kerana tidak pernah mendapat surat hitam putih dari UMNO Bahagian mahupun Perhubungan negeri mengenai status keahlian saya.
Saya juga tidak mahu membantah kerana tidak mahu dilihat merebut jawatan, apalah ada pada jawatan kalau hanya untuk mengikut telunjuk orang yang tak layak memimpin saya.
Imej UMNO telahpun rosak selepas PRU12 lalu, tolong janganlah ditambah kerosakannya. Cukuplah dengan pandangan negatif masyarakat sekarang dan bagi saya jawatan tak penting kerana saya masih boleh menulis dan memberikan sumbangan melalui pelbagai cara untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.
--------------------------------------------------------------------------------
Comment by pakbelalang on 2008-10-24 21:53:48
Pandangan Tun Musa tak boleh pakai lagi. Dia "pondan tua" !!
--------------------------------------------------------------------------------
Comment by WaShad on 2008-10-25 01:00:21
Kawan lagi suka kalau
P: TS Muhyidin
TP: Mana2 wakil dari Sabah serawak, tapi bukan safei afdal
NP : Tok Pa, Hishamudin, dr.asri
KW: bukan rafidah bukan sharizat
KP: mukriz
NKP: dr novanri/zahidi
tapi tak mungkin jadi kenyataan kan...
alamak...aku makin minat tulisan mamat ni...harap dapat teruskan menulis dan beri komen yang bernas dan telus
Catat Ulasan