Ahad, 29 Mac 2009
RAKYAT BIASAPUN MALU DENGAN SIKAP PEMIMPIN KERDIL UMNO
Gambar 1: Masyarakat Cina berbangga minum minuman keras berlatarbelakangkan bendera pas pada majlis makan malam bersama calon Pas...Nizar Derhaka.
Gambar 2: bapak borek anak rintik...jika inilah KP UMNO, bagaimana UMNO nak membersihkan imejnya sebagai parti yang bersih dari amalan rasuah? Bagaimana pula sikap pemimpin kerdil di cawangan?
Ini adalah email seorang daripada pembaca majalahE9
Assalammualaikum,
Terpanggil saya untuk menulis di halaman ini.E9 majalah baru bagi saya,itu pun ibu saya mendapatkannya di PWTC baru-baru ini.Tahniah, bagi saya ia sebuah buku yang mahal isinya. Saya hanyalah salah seorang dari "rakyat biasa" PERAK.Umum mengetahui Maruah PERAK dan rakyat ibarat telur di hujung tanduk.
29 hb Mac 2009,pagi tadi di masjid Taiping,rasanya beribu penyokong pas berkumpul sejak subuh.Habis air di kolah masjid menurut sumber yang dipercayai.Bukan air dan ribuan penyokong yang jadi soalnya tapi SEMANGAT penyokong yang membuatkan saya gerun.Tapi saya pujuk hati ini mungkin penyokong yang ramai tapi mereka tidak boleh mengundi.Di Lake garden Taiping seawal pagi menghijau penyokong mereka,tua muda,makcik pakcik lagi bersemangat.Rakyat kaum cina juga tidak ketinggalan membawa bendera PAS.Tapi kelibat penyokong UMNO ,BN tidak seramai mereka.
Petang tadi saya dengan semangat UMNO melawat satu bilik gerakan, Dato Ismail Sabri ada hadirkan diri ke bilik gerakan tersebut.Ucapan beliau yang ringkas tapi sungguh bermakna.Ya UMNO mesti menang pilihanraya BUKIT GANTANG kali ini.Ini peluang terakhir kita kembalikan keyakinan rakyat.Dengan banyak kecelaruan yang telah berlaku di Perak di mana mantan MB Perak telah memohon sembah derhaka dan Karpal Singh membuat kenyataan mahu menyaman Sultan Perak dan semua perkara ini telah membuat rakyat Perak terluka hati...tetapi sekira Datuk Seri Mohmmad Nizar masih boleh memenangi pilihanraya Bukit Gantang ini adalah satu signal bahawa rakyat ,tidak kira penderhaka atau pun siapa dan jelas rakyat menolak UMNO.
Berkobar-kobar semangat saya untuk memujuk beberapa kenalan di persekitaran rumah saya untuk kembali pada UMNO.Saya janji akan membuat mereka memberi keyakinan pada BN untuk kembali memerintah.Walaupun lima atau mungkin tiga pengundi yang saya mampu tarik,kerana saya bukan orang politik tapi hanya rakyat biasa.
Malangnya sesudah saja Dato beredar dari kawasan itu maka terdengarlah rungutan seorang "Pejuang UMNO"kononnya.. (kerana berpakaian UMNO).Datang saja duit tak bagi buat apa........Ya Allah sedihnya hati saya ....kalau lah begini sikap orang Umno maka bezakan sendiri sikap kita UMNO dengan sikap penyokong PAS di atas tadi.Tapi saya tahu itu mungkin segelintir sahaja.
Jadi saya seru kepada semua rakyat Perak,orang-orang UMNO terutamanya kembalilah
kepada ASAS .Buatlah sesuatu tanpa mengharap balas.Allah yang MAHA mengetahui dan hanya padaNYA lah kita berserah setelah kita berusaha dengan nawaitu yang ikhlas.Cuma apa yang kita mahu UMNO sajalah yang dapat menyatupadukan orang melayu dan menjanjikan keamanan di bumi bertuah ini.Saya yakin UMNO BOLEH.Insyaalah.amin.
rakyat biasa-ZMZ
Zuriati Binti Mohd Zabidi,
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Alhamdulillah...ada org spt zuraiti yang sedar.
Apapun, kita semua seharusnya insaf hanya UMNO sahaja parti yang benar-benar perjuangkan bangsa.
Sikit2 masalah dalaman itu, insyaallah akan diatasi apabila Najib ambil alih daripada kepimpinan lemah Pak Lah.
saya juga sudah memberi naskah promosi e9 d pwtc...memang ada class tersendiri. Saya tak pernah tengok majalah tempatan begtu. ala2 majalah di Amerika pula. saya beli keempat2 isu dari Najib, Ghani, Tun Dr M dan Muhyiddin.
bagi saya inilah satu2nya majalah politik yang telus, jujur dan menarik serta mempunyai ruangan hiburan.
tahniah kpd e9.
majalah e9 amat menarik, saya sudahpun membacanya daripada rakan saya yang memperolehinya di PWTC tempohari.
Saya sudah bertanya di kedai-kedai tetapi tak ada di pasaran.
Saya amat berharap, penerbit akan menjualnya di kedai-kedai dan saya yakin ia mampu menarik minat pembaca khasnya golongan muda.
Saya dah lihat isu Tun M dan Muhyiddin, tak sangka cool juga mereka, tahniah kepada e9 kerana mampu menerbitkan majalah berkualiti seperti itu.
Catat Ulasan