Sabtu, 4 April 2009

50% Menteri Gugur?


DS Hishamuddin, Naib Presiden UMNO dijangka akan terus diberi amanah untuk menjaga kementerian pendidikan dan ditaambah pengajian tinggi.


E9 Difahamkan Senarai Kabinet yang bakal diumumkan oleh DS Najib akan lebih mengecil. selama ini jumlah menteri yang dilantik zaman Pak Lah adalah antara yang teramai di dunia.

Pengecilan kabinet ini menyaksikan ramai pak-pak menteri yang akan tersingkit dan sepatutnya mereka mengikut jejak Datuk Shahrir Abdul Samad yang sudah mengetahui nasib yang bakal menimpa dan beliau mengambil langkah proaktif dengan meletak jawatan sebelum disingkirkan.

Beberapa menteri yang dijangka tersingkir termasuklah Azalina, Zain Badak, Muhammad Mat Taib dan dua menteri dari Johor yang bagai telur dihujung tanduk iaitu Datuk Syed Hamid Albar dan Datuk Khaled Nordin (masih 50-50).

Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dijangka akan dilantik sebagai Menteri Dalam negeri, Datuk Seri Hishamuddin kekal sebagai Menteri Pelajaran tetapi digabungkan semula dengan Kementerian Pengajian Tinggi.

Datuk Seri Zahid Hamid dan Datuk Seri Shafie Afdal yang dijangka akan memikul tugas sebagai Menteri Pertahanan dan Menteri MITI.

Khairy Jamaluddin dan Sharizat Abd Jalil dijangka tidak diberi sebarang portfolio dalam kabinet bagi membolehkan mereka menumpukan tugas untuk menjaga sayap parti dan menarik golongan pemuda pemuda dan wanita untuk terus dan kembali menyokong UMNO.

Dua nama baru yang dijangka mendapat tempat ialah Razali Ibrahim dan Puad Zakarshi. Namun ramai juga yang tidak akan terperanjat sekiranya nama Mukris turut tersenarai kerana beliau mewakili suara akar umbi yang bercakap soal perubahan pucuk pimpinan sejak awal dengan mengutus surat meminta Pak lah meletak jawatan.

'Orang lama' Datuk Seri Rais Yatim juga dijangka tersenarai sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menjaga hal ehwal perundangan.

Apapun ini hanyaklah khabar angin yang bertiup kencang kini dan muktamatnya apabila DS Najib membuat pengumumannya nanti.

4 ulasan:

Hisham, BBU berkata...

betul ke sampai 50% menteri gugur? Yang penting Najib kena pastikan menteri yang akan dilantik mampu mengembalikan sokongan rakyat terhadap kerajaan BN.

Dr Norazmi, Bangi berkata...

Seluruh negara kini tengah tunggu barisan kabinet yang bakal diumumkan PM.
Apapun kita yakin PM baru akan kotakan janjinya.
Hidup Najib!!!

Tanpa Nama berkata...

sangat setuju jika DS Hishamuddin dikekalkan, juga sokong Datuk Mukhriz Tun Dr M dilantik sebagai menteri.

Syuk berkata...

bro, MP Sepang agak2 tersenarai x?

klu bro ad brita??

TQ