Sebagai ahli UMNO, saya benar-benar bersemangat apabila mendengar amanat Bakal Presiden UMNO di PWTC sewaktu merasmikan persidangan serentak Pemuda, Wanita dan Puteri.
Apa lagi nak dikatakan...ramai yang memuji..."Itulah Najib Sebenarnya" yang sebelum ini menyimpan kuku tetapi akhirnya menunjukkan diri yang sebenarnya apabila sampai masanya.
Ketua Pemuda UMNO Malaysia, DS Hishamuddin pula berucap dengan lantang mengingatkan perwakilan dan menyebut mengenai Petualang Bangsa serta menngingatkannya bahawa pelanduk mungkin melupakan jerat tetapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk dan katanya lagi, siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jual negeri.
Soalnya, siapakah petualang bangsa dan siapakah pula yang akan menjual negeri jika tidak mereka 304 perwakilan pemuda yang mengundi biawak idup di dalam umno, Sdr Khairy Jamaluddin?
Saya mendapat sms dari ramai pihak termasuk dari saudara saya di Sarawak yang melahirkan kekecewaannya dan apa yang kata kenapa tak ditendang sahaja khairy tu, tengok dia berucap sahaja sudah meluat.
Jangan salahkan rakyat dan jangan juga kata ada unsur sabotaj jika rakyat dan ahli UMNO sendiri yang akan menolak UMNO dan BN khususnya dalam pilihanraya kecil akan datang.
Perwakilan Pemuda memang haprak, di saat jurucakap-jurucakap sibuk berucap mengenai pelbagai isu penting, mereka hanya sibuk membeli belah, baju linen, kasut kulit di The Mall, kenapa? Kerana ramai diantara mereka yang mendapat duit terpijak daripada calon, belanja sahaja sebab kalau budak ni menang dia akan dapat duit lagi...
Jika inilah Ketua Pemuda UMNO, bagaimana ahli pemuda hendak menarik minat generasi bagi, melihat kelibatnya sahaja sudah memualkan.
Jika inilah Ketua Pemuda UMNO, bagaimana nak menyahut seruan DS Najib yang mahukannya dihantar berkursus, meredah hutan belantara dan dicampak ke laut untuk servival tetapi hakikatnya pemimpin yang ada tidak dipercayaai dan diyakini. Sudah pasti apabila penceramahnya mengatakan kita mesti memertabatkan bangsa dan menolak amalan rasuah, ahli akar umbi menjawap, ketua kita jika tidak kerana wang takkan dia menjadi KP UMNO.
Jika inilah Ketua Pemuda UMNO, maka bagaimana UMNO dan BN hendak memenangi pilihanraya kecil, jika kehadirannya di lapangan dan kempen sahaja sudah cukup untuk melunturkan sokongan rakyat.
Jika inilah Ketua Pemuda UMNO, yang menyebabkan rakyat melihatnya sebagai tidak BERUBAH maka tunggulah saatnya UMNO akan REBAH.
Khamis, 26 Mac 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
Akm....maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung
Perhimpunan agung UMNO umpama perhimpunan memperagakan pakaian dan body bagi puteri dan wanita.Dimanakan dikatakan parti yang mendokong agama disebalik perjuangan parti...mengapa tiada garis panduan berpakaian,macam mana nak menarik minat melayu sekiranya pakaian mereka ini tidak melambangkan kemelayuan mereka...
Yang Pemuda dan perwakilan sibuk membeli belah,seumpama perhimpunan ini pasar malam bagi mereka....
Tolong lah......sediakan satu garis panduan yang sesuai bagi semua perwakilan...biar perhimpunan agung dihormati oleh kawan dan lawan.
allahualam...
wassalam
salam...
jgn cakap mcm nie bro...
saya percaya Khairy akan mengemudi pemuda dgn baik...
beri dia masa...
jgn kt mudah terpengaruh dgn persepsi yg entah benar atau tidak...
kt dlm umno jgn mudah berpecah belah, adat bertanding tentu ada yg menang ad yg kalah...
kt sokong calon kita, org lain sokong calon dia, ki kn matang, jgn mencemuh sesama sendiri...
P.S: jgn jd mcm hamas & fatah, gaduh sesama saudara, israel bersorak gembira!!!
Asalamuialaikum boy sepang...
Bukanlah niat saya untuk menidakkan KJ tapi hakikatnya kemenangan beliau tidak mencerminkan hasrat akar umbi dan rakyat.
Saya belum mendengar orang menyokong dan menerima keputusan KJ menang, lihat sahaja ahli-ahli panel dalam siaran langsung sebelum pengumuman kemenangan khairy di astro awani, semuanya kata UMNO akan rebah dan ditolak kerana pemuda memilih khairy, tidak ada seorangpun ahli panel yang bersetuju dengannya.
Ini bukan cakap orang-orang atau puak-puak khairy tetapi cakap merata di seluruh negara.
Malu kita melihat segelintir pemuda bersorak apabila KJ menang kerana dalam fikiran mereka tentulah 'garam' akan ditambah hasil nikmat kemenangan itu.
saya amat setuju dengan pandangan penulis.
Saya tidak ada mendengar satupun cakap-cakap positif mengenai kemenangan kj. Mujur muhyiddin dan tiga vp umno mampu memberi sedikit sinar dan keyakinan kepada rakyat.
Pelik tapi benar...Pak Lah kata lambat laun ahli UMNO dapat menerima Khairy dengan menyamakannya dengan penerimaan Anwar sewaktu pertama kali memenangi jawatan dalam UMNO dengan majoriti hanya 10 undi...maknanya Khairi lebih baik laa tu.
Tapi percayalah sebagaimana Anwar yang opotunis dan akhirnya menjadi perosak negara..begitu jugalah khairy akhirnya.
Perwakilan 304 & penyokong kj hanya duduk dalam circle sendiri.
tak nampak kah akan harapan golongan akar umbi & rakyat yg bukan ahli umno.
pertandingan 3 penjuru mencerminkan KJ tidak mendapat undi majoriti.
http://pi5au.blogspot.com/
Harap-harap Razali akan menjadi pemangku ketua pemuda apabila KJ digantung nanti.
Lembaga Disiplin UMNO tak boleh diharap...tak berani ambil tindakan atau mungkin telah disogok juga apabila hanya memberi amaran kepada KJ selepas didapati bersalah
Catat Ulasan