Oleh Penulis Khas yang sayang kepada agama, bangsa dan negara.
1. MUKADIMAH
1.1 Pembesar khafir mursyrik Mekah telah menawarkan apa sahaja yang nabi Muhammad SAW mahukan sama ada kekuasaan, pangkat, wanita dan harta kekayaan dan sebagainya sebagai RASUAH supaya baginda SAW meninggalkan tugas murni dan khudus menyebarkan dakwah islamiah, menegak keadilan sejagat serta iltizam dan istiqamah dalam akhlak yang mulia serta melaksanakan amanah, tanggungjawab dan tugas yang telah diletakkan ke atasnya. Tawaran tersebut ditolak mentah-mentah oleh baginda Rasullullah SAW kerana Allah S.W.T demi kepentingan agama, dakwah, ummah dan negara mengatasi segala-galanya..
Baginda telah menggambarkan sikap tegasnya kepada seluruh ummah dan dunia apabila telah menolak RASUAH yang cuba diberikan kepadanya oleh khafir mursyik Mekah melalui pujukan bapa saudaranya Abu Talib agar baginda tidak meneruskan tugas suci tersebut dengan sabdanya yang bermaksud : "Wahai bapa saudaraku (Abu Talib) sekalipun mereka meletakkan matahari di sebelah tangan kananku dan bulan di sebelah tangan kiriku agar aku meninggalkan (tidak menyebarkan) mempertahankan ajaran Islam ini, nescaya tidak sekali-kali akan aku tinggalkan sehinggalah Allah S.W.T memberi kemenangan kepada agama ini atau aku terkorban kerana mempertahankannya".
2. PENGENALAN
2.1 Rasuah merupakan salah satu perlakuan keji, hina dan rendah nilai akhlak pelakunya.
2.2 Rasuah adalah satu perbuatan maksiat dan dosa besar serta bertentangan dengan prinsip dan akhlak Islam, nilai moral masyarakat dan tamadun kemanusiaan.
2.3 Rasuah adalah satu jenayah yang paling tidak bertamadun juga merupakan penyakit barah yang jika tidak diubati dan ditangani diperingkat awal akan mengakibatkan kehancuran dan kemusnahan pentadbiran negara dan kepimpinan politik serta mengancam kesucian dan imej Islam, keselamatan negara, maruah bangsa dan keluarga serta kelangsungan tamadun dan ketuanan bangsa.
2.4 Rasuah yang paling merbahaya sekali ialah rasuah untuk memilih kepimpinan negara kerana baginda Rasullullah SAW telah bersabda yang bermaksud "…Apabila diletakkan, dipilih dan dilantik seseorang yang tidak layak (tiada amanah, tiada ketulusan, tiada kredibiliti, tiada integriti dan tiada akhlak dan moral yang mulia) memegang sesuatu jawatan, maka tunggulah akibatnya (kehancuran dan kemusnahannya)…,".
2.5 Rasuah adalah musuh agama, musuh bangsa, musuh negara.
3. PENGERTIAN RASUAH
3.1 Memberi atau menawar sesuatu ganjaran kepada seseorang bertujuan untuk mempengaruhi tindakannya.
3.2 Sogokan atau suapan yang diberikan oleh seseorang kepada pegawai atau petugas atas tujuan tertentu sebagai pemudah cara dalam bentuk wang, pangkat, harta dan sebagainya.
3.3 Menyuap atau memberikan sesuatu benda kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan hukum supaya ia terlepas dari ancaman hukum atau supaya ia mendapat perlakuan istimewa dalam sesuatu urusan.
3.4 Sogokan atau suapan yang diberi oleh seseorang kepada seseorang yang lain untuk tujuan ia dipilih dan dilantik ke atas sesuatu jawatan.
4. HUKUM RASUAH
4.1 Haram dan berdosa besar, wajib bertaubat nasuha dengan segera.
4.2 Dilaknat oleh Allah S.W.T dan RasulNya.
4.3 Daging yang tumbuh dengan benda-benda yang haram (seperti rasuah), neraka lebih utama untuknya.
4.4 Hilang keberkatan dalam kehidupan.
4.5 Hidup tidak terdorong ke arah kebajikan dan kebaikan tetapi terdorong ke arah kemaksiatan dan kejahatan.
4.6 Kuasa, jawatan, pangkat, kedudukan yang hasil daripada rasuah ia tidak akan mendapat keberkatan dan tidak akan berkekalan lama, di akhirat akan dimasukkan ke dalam neraka sekiranya ia tidak bertaubat, atau bertaubat tetapi tidak diterima oleh Allah taubatnya.
5. HUJAH DAN DALIL
5.1 Al-Quran
* Surah Al Bakarah ayat 188 – artinya " dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta orang-orang lain diantara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi RASUAH) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).
* Surah Al Maidah ayat 2 – artinya " dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
5.2 Al-Hadis
• Maksudnya "Allah S.W.T melaknat orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah serta orang yang menjadi perantara diantara keduanya "(hadis riwayat Ahmad dari Sauban).
• Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan mereka yang menjadi pengantara perlakuan rasuah (hadis riwayat Ahmad dan Al Hakim).
• Sesiapa yang membeli pakaian dengan harga 10 darham sedang satu darham daripadanya terdapat wang yang haram, nescaya Allah S.W.T tidak menerima ibadat solatnya (Hadis riwayat Al Baihaqi).
• Setiap pemimpin yang diamanahkan oleh Allah S.W.T untuk memimpin rakyatnya semasa matinya ia mengamalkan penipuan, nescaya diharamkan oleh Allah S.W.T daripada masuk syurga (hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim).
• Daging yang tumbuh hasil daripada benda-benda (termasuk wang) yang haram, neraka lebih utama baginya. (hadis riwayat Al Tarmizi).
6. ELEMEN RASUAH
6.1 Pemberi Rasuah
6.2 Penerima Rasuah
6.3 Pengantara antara kedua-duanya.
6.4 Mereka yang bersubahat seperti menyokong amalan keji ini dan tidak bersama-sama membanteraskannya.
7 PUNCA, SEBAB DAN DORONGAN
7.1 Kelemahan Iman, keinginan cepat kaya, tamak haloba, ingin bergaya dan sebagainya.
7.2 Tidak mendapat taufik, hidayah, inayah dan petunjuk Allah S.W.T , Al Quran dan bimbingan Rasullullah serta panduan ulama.
7.3 Kelemahan kepimpinan dan pentadbiran seperti tiada kepim[inan melalui tauladan.
7.4 Tiada ketegasan dan bersikap pilih kasih
7.5 Kelemahan undang-undang dan peraturan seperti hukuman tidak setimpal dengan kesalahan dan pelaksanaan undang-undang di tahap yang rendah.
7.6 Pembangunan sosio ekonomi dan modenisasi yang tidak dikawal oleh iman, takwa dan tanggungjawab.
7.7 Politik yang berasaskan kepada kebendaan, kepentingan, kroni, kemasyuran dan bukan berasaskan kepada tanggungjawab, amanah dan kewajipan.
7.8 Sistem pendidikan yang memberi dan menekankan kepada pengetahuan dan kemahiran, tetapi tidak mampu memberi kesedaran ke arah mendapat taufik, hidayah dan inayah Allah S.W.T .
7.9 Kelemahan sistem pengawasan, pengawalan dan pemantauan
7.10 Kurangnya kesedaran menghayati konsep amal maaruf dan nahi mungkar
8 IMPLIKASI
8.1 Mengundang kemusnahan, kehancuran, keburukan, bala bencana, mala petaka, musibah dan sebagainya.
• Surah Al Rom ayat 41 yang bermaksud "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tanagan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah S.W.T hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat),".
• Surah Al Anfal ayat 25 yang bermaksud " dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa balak bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim diantara kamu secara khusus, (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah S.W.T amat berat azab seksaNya,".
8.2 Mencemar kesucian agama Islam, imej umat Islam, moral dan akhlak.
• Hadis nabi yang bermaksud "Tidak sempurna iman seseorang yang tidak ada amanah dalam kehidupannya dan tidak sempurna agama seseorang yang tidak menunaikan janjinya," hadis riwayat …
8.3 Mencemar maruah bangsa
8.4 Mencemar dan boleh memusnahkan negara
i) Pemerintahan, pentadbiran dan politik
ii) Ekonomi dan pelaburan
iii) Kewangan negara
iv) Kestabilan dan keamanan
v) Kesejahteraan, kemakmuran dan kemajuan
vi) Ketamadunan, kelangsungan serta ketuanan Bangsa.
8.5 Mencemarkan maruah keluarga.
8.6 Memusnahkan masa depan diri sendiri.
8.7 Menghilangkan keyakinan bukan Melayu dan bukan Islam
8.8 Menghilangkan keyakinan dan kepercayaan pihak luar negara dan juga dalam negara.
9 PENYELESAIAN
9.1 Kembali kepada al-Quran, hadis dan bimbingan ulama.
* Surah Al A'raf ayat 96 yang bermaksud "Dan (tuhan berfirman lagi) kalau sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa tentulah kami akan membukakan kepada mereka (pintu-pintgu penghurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (rasul-rasul kami) lalu kami timpakan mereka dengan azab siksa disebabkan apa yang telah mereka usahakan.
• Hadis rasullullah yang bermaksud "…aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, jika kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya, kedua-duanya itu ialah Al Quran dan Sunnahku.
• Hadis Rasullullh yang bermaksud "…perumpamaan para ulama dimuka bumi ini bagaikan bintang-bintang dilangit yang dapat memberi pedoman ketika kegelapan malam di dadaratan mahupun di lautan, dan apabila cahayanya hilang maka akan meraba-rabalah mereka yang ingin mendapatkan petunjuk dan panduan.
9.2 Berjihat untuk membasmikan amalan rasuah.
• Hadis nabi SAW"…sesiapa yang melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya, dengan tangannya (kuasa yang ada padanya), jika sekiranya tidak mampu berbuat demikian, maka hendaklah mengubahnya dengan lidah (dakwah dan nasihat), dan jika sekiranya tidak mampu berbuat demikian, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hati (menolak dan benci amalan yang mungkar itu) dan ini (cara yang ketiga) merupakan selemah-lemah iman.
• Hadis nabi SAW"…bantu dan tolonglah saudara kamu yang kena zalim (yang dizalimi) dan yang menzalimi (menganiayai). Para sahabat bertanya, bagaimana kami hendak menolong orang yang menzalimi? Maka Rasullullah bersabda "tahanlah ia (penjarakanlah ia) dan benteraskanlah (halangkanlah) daripada kezalimannya supaya ia menjadi adil. Inilah ia yang dimaksudkan menolong saudara yang menzalimi dan dizalimi (hadis riwayat Al Bukhari).
9.3 Mengamalkan dan menghayati INTEGERITI dan kualiti unggul serta etika dan disiplin iaitu himpunan nilai murni dan moral yang menjadi piawai ukuran tingkah laku individu, organisasi dan profesion seperti jujur, ikhlas, amanah, telus, bertanggungjawab, adil dan sebagainya.
9.4 Kesederhanaan dalam kehidupan
9.5 Menganggap kuasa, jawatan, pangkat, kedudukan adalah sementara dan satu amanah dan tanggungjawab besar yang akan dipersoalkan oleh Allah S.W.T, RasulNya, majikan, pegawai bawahan dan masyarakat (rakyat).
9.6 Mengkaji semula segala kelemahan dan kekurangan yang ada pada undang-undang dan peraturan yang sedia ada dan memantapkannya lagi.
9.7 Melantik dan meletakkan pemimpin dan pentadbir yang mempunyai sifat-sifat yang wajib bagi rasul dan sifar-sifat yang ada pada khulafah alrashidin.
9.8 Tidak sekali-kali melantik dan meletakkan pemimpin dan pentadbir yang mempunyai sifat keji dan buruk seperti RASUAH, tidak amanah, tidak jujur, kepentingan diri, kroni, pilih kasih dalam jawatan-jawatan terutama jawatan yang terpenting yang ditangannya membuat polisi dan dasar serta menentukan hala tuju agama, bangsa dan tanahair.
9.9 Mengkaji dan menilai semula kelemahan sistem politik dan mencari jalan untuk mengatasinya.
9.10 Memantapkan lagi sistem pengawasan, pengawalan dan pemantauan serta pengutkuasaan undang-undang dan peraturan.
10 KESEDARAN
10.1 Sesungguhnya menerima rasuah itu adalah satu dosa dan kesalahan yang besar, manakala menyokong, melantik serta bersubahat dengan orang yang memberi rasuah itu sehingga mereka berjaya berada di satu jawatan adalah satu dosa dan kesalahan yang besar. Oleh itu. Sayang olehmu akan agamamu, bangsamu dan negaramu dan janganlah melakukan sesuatu yang boleh merosakkannya.
10.2 Bagi mereka yang belum terlibat dengan perbuatan RASUAH yang keji dan hina ini, elaklah diri daripadanya dan bagi mereka yang telah teranjur bersegeralah bertaubat dan mohon keampunan kepada Allah S.W.T dan kemaafan kepada bangsa dan negara serta rakyat.
• Surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud "…dan bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah S.W.T, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya,".
• Surah At Tahrim ayat 8 yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah S.W.T (mintalah dihapuskanNya dosa kamu) dengan taubat nasuha (taubat yang sungguh-sungguh untuk membersihkan segala kekotoran dan dosa) mudah-mudahan tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,…,"
11. RENUNGAN
• Surah Quaf ayat 18 yang bermaksud "…tidak ada sebarang perkataan yang dilafaskannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).
• Surah Al A'raf ayat 179 yang bermaksud "Dan sesungguhnya kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati yang tidak (mahu) memahami dengannya (ayat-ayat Allah S.W.T), dan mempunyai mata yang tidak (mahu) melihat dengannya (bukti keesaan Allah S.W.T ), dan mempunyai telinga yang tidak (mahu) mendengar dengannya (ajaran dan nasihat), mereka itu seperti binatang ternak (bahkan mereka lebih sesat lagi), mereka itulah orang-orang yang lalai,".
• Surah Yaasin ayat 65 yang bermaksud "Pada waktu itu kami meterikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberi tahu kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
12. DOA DAN HARAPAN
• Ya Allah! berikanlah kepada kami petunjuk hidayah taufik dan inayahmu agar kami menjauhkan daripada maksiat dan dosa termasuklah rasuah yang amat keji itu
• Ya Allah! tunjukkanlah kami jalan lurus iaitu jalan orang-orang yang telah engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang telah engkau murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
• Ya Allah! kami mohon keredaan dan syurgamu dan kami berlindung daripada kemurkaan dan nerakamu.
• Ya Allah ! kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat, dan jauh dan selamatkanlah kami daripada api neraka.
• Ya Allah! Selamatkanlah diri kami, keluarga kami, bangsa kami dan negara kami dan letakkan di hati kami cinta, kasih dan sayang pada diri, keluarga, bangsa dan kepada negara. Amin, amin, amin, Ya Rabal Alamin.
13 PENUTUP
13.1 Hadis nabi Muhammad SAW yang bermaksud "…jika sekiranya diserahkan sesuatu amanah, tanggungjawab dan jawatan kepada mereka yang bukan ahlinya, maka tunggulah kemusnahan dan kehancuran akan berlaku,".
13.2 Sesungguhnya kelangsungan, kemajuan, kemakmuran dan ketamadunan sebuah negara dan bangsa itu, bergantung sejauh mana akhlak, budaya, etika dan disiplin rakyatnya. Sekiranya perkara ini hilang daripada mereka, maka hilanglah segala-galanya. (pujangga arab Ahmad Syauqi Bik)
13.3 Marilah kita muhasabah dan bertanya diri, adakah kita sebahagian diantara mereka yang terlibat menghilangkan keyakinan dan kepercayaan umum dan orang yang terlibat mencemar imej dan nama baik agama dan bangsa. Oleh itu, tepuk dada tanya iman, bukan tepuk dada tanya selera dan nafsu.
13.4 Marilah kita bertanya kepada diri kita, apakah sumbangan kita kepada agama, bangsa dan negara.
Khamis, 5 Mac 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
apa pandangan saudara tentang politik wang?
sejujurnya saya amat benci akan politik wang..
saya tarik diri dari bertanding kerana ini..
mereka yg menjadi pemimpin sekarang ini sungguh saya tak hormat langsung,menang kerana kuasa wang.
kalau boleh biarlah pemilihan pemimpin umno di tentukan oleh akar umbi..bukan melalui perwakilan.
pemilihan peringat cawangan dan bahagian harus di ubah.. kalau betul2 nak berubah perlu dari bawah.
melayu menjauh kan diri dari umno kerana perkara ini,terlalu ramai yang kecewa.
politik wang menurut Tan Sri Rafidah Aziz dalam wawancara antara E9 dengannya berlaku sejak dari pemilihan antara Tun Dr M dan Ku Li ketika itu perwakilan menerima RM4000 daripada agen2 calon di dalam tandas dan di hotel2, lebih memburukkan lagi apabila DS Anwar menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Ia bermula dari atas...kini merebak hingga ke peringkat cawangan.
Politik wang bagi saya adalah penyakit barah stage 4 di dalam UMNO...apa nak buat...
Cuma ada sedikit harapan di zaman DS Najib, harap beliau mampu mengembalikan keyakinan ahli dan rakyat, kalau boleh mereka yang menang walau apapun jawatan di dalam UMNO tetapi melalui politik wang jangan dilantik di dalam kabinet...biar dia rasa.
Saya setuju saranan Muhyiddin supaya pemilihan akan datang ditentukan oleh ahli akar umbi, bukan melalui perwakilan sebagaimana yang sayudara katakan sebab bukanlah susah untuk ,menjaga 2,500 perwakilan di peringkat MKT dan bukanlah payah menjaga hanya 800 perwakilan pemuda, wanita dan puteri....siapa bayar lebih boleh menang...
Kapal tungkangpun boleh menang asalkan kerap berlabuh dan membayar uftinya.
rata rata golongan akar umbi terlalu mengharap perubahan.
harap DS Najib berjaya memberi perubahan dalam struktur pemilihan dalam UMNO.
UMNO punyai masih ramai yang menyokong ,masih ada fixed deposit.
apa pendapat tentang FD UMNO?
maksud FD yg saya katakan ,UMNO ni ramai peminat nya dari golongan akedemik & bekas pelajar dari dalam danluar negara,yang mempunyai ketokohan & latar belakang yang baik.
golongan ini apa yang saya lihat tidak dekat atau menyertai secara langsung akibat kekangan pertembungan orang lama atau pun kroni pemimpin,apabila dilihat mampu memberi saingan, awal awal lagi di cantas,yang rugi nya golongan sebegini seperti terpinggir lama kelamaan menjauh kan diri.
kenapa umno tidak melihat potensi ini,sedangkan PR berlumba lumba mendapatkan golongan akedemik dan pelajar.
Saudara...
Saya rasa artikel mengenai rasuah ini benar-benar menyentuh perasaan dan jiwa.
Tapi sayang saya bukan perwakilan UMNO cuba ahli dan macai sahaja. Kalau boleh semua perwakilan harus bacanya...
Harap saudara berusaha ke arah itu.
Catat Ulasan