SELEPAS pilihanraya lalu hanya Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Penang, Perlis, Terengganu dan Pahang di Semenanjung yang memenangi pilihanraya lalu.
Daripada jumlah 7 negeri itu, empat Menteri Besarnya menawarkan diri hanya sebagai Majlis Kerja Tertinggi UMNO iaitu Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Tiga daripada mereka Ghani, Adnan dan Mohamad Hassan sediri mengetuai negeri-negeri masing-masing sehingga membolehkan BN menang dalam keadaan selesa dan membantu membentuk kerajaan persekutuan.
Namun, hakikatnya pada pemilihan UMNO yang baru lalu, mereka kalah bukan setakat kalah lebih mengaibkan ada ketua mat rempitpun menang dalam pertandingan itu.
Segelintir yang menang MKT terdiri daripada haprak-haprak touch & go (berjumpa perwakilan bersalaman kaut sahaja).
Walaupun kita memuji mereka memberikan kemenangan kepada yang benar-benar layak seperti Tan Sri Muhyiddin dan ketiga-tiga naib, namun hakikatnya perwakilan tetap menjualnya untuk memilih MKT.
Harap-harap keempat-empat mereka tidak kecewa. Mereka tewas tetapi bermaruah berban ding mereka yang menang tetapi merebahkan parti dengan tindak tanduk merasuah dan memfitnah sesama mereka.
Jumaat, 27 Mac 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Betul tu...kenapalah perwakilan tak fikir untuk memberi undi kepada menteri besar2 ini.
Inilah salahnya jika terlalu jujur dalam pemilihan...
Kalau boleh saya ulas...Ghani kalah sebab orang khaled dn shahrir pancung dia.
Orang muda Johor yang mengidam jawatan MB Johor juga pancung beliau. Adnan Yaakub kalah sebab tak berkempen langsung...Mohamad Hassan, ada masalah dalaman di Negeri Sembilan yang jerebak ke luar, begitu juga MB Perlis tu...
Di sulami dengan mood perwakilan yang mahukan orang yang mereka rapat sewaktu berkempen dan orang yang menghulur....maka tergoleklah keempat-empat calon.
Musa Aman menang kerana Sabah bersatu dan sebab itu shafie afdal dan lain2pun menang....
Kesimpulannya contohi sikap UMNO Sabah kerana ramai calon mereka menang...
Catat Ulasan