Jumaat, 6 Februari 2009

BONEKA DERHAKA

KRISIS politik di Perak menyerlahkan sikap sebenar pemimpin Pakatan Rakyat yang menghalalkan apa juga cara asal matlamat dapat dicapai.

Selepas 333 hari berbulan madu menjadi boneka pentadbiran DAP, selepas memenangi PRU13 pada 8 Mac lalu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menderhaka pula kepada Sultan apabila enggan meletak jawatan seperti yang dititahkan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Majalah E9 dalam keluaran sebelum ini telahpun melaporkan mengenai Perjanjian Pangkor 2 yang ditandatangani oleh Nizar dan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming termasuk mengenai pelantikan exco Perak, enam dari DAP, tiga PKR dan satu PAS.

Sekiranya sebelum ini menerusi perjanjian ini Nizar jelas menderhaka kepada Bangsa Melayu apabila memberikan lebih kuasa kepada DAP kini lebih buruk lagi dia dengan merderhaka kepada Sultan.

Namun, bagi Nizar apa perlu difikirkan mengenai hal itu, yang penting matlamatnya untuk menjadi Menteri Besar dari Pakatan Rakyat tercapai walaupun hakikatnya pentadbiran negeri di perintah oleh DAP.

Sedih, jelak, mual dan menyampah pula melihat sikap seorang anak bangsa yang berpelajaran seperti beliau sanggup membelakangkan kepentingan bangsa semata-mata untuk mencapai hasrat politik.

Nizar berkata bahawa semasa menghadap Sultan Azlan Shah, beliau dititahkan supaya meletak jawatan dan baginda juga tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri, lapor Bernama.

Dengan sombong dan bongkak beliau dipetik sebagai berkata;
“Saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda 'patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan'," katanya mengulas pertemuannya dengan Sultan Azlan.

Hakikatnya, orang Melayu mesti tahu dan sedar bahawa mereka mempunyai Raja dan negara mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan bukan sahaja di peringkat persekutuan tetapi juga di peringkat negeri.

Alhamdulillah, akhirnya pengkhianat bangsa dan penderhaka Sultan seperti Nizar akhirnya tersembam dan tidak pula diperkenan Sultan untuk membubarkan DUN Perak.
Jika tidak mungkin selepas mengurniakan tanah 999 tahun kepada Kampung Baru yang majoritinya adalah orang-orang Cina, Nizar akan menyerahkan bulan dan bintang (yang bukan kepunyaannya kecuali bulan di bendera Pas) kepada DAP semata-mata untuk terus kekal menjadi Menteri Besar.

Berkat doa alim ulama dan umat Islam yang sudah mula merasa tertekan dengan pemerintahan boneka Pakatan Rakyat di Perak juga, hari ini menyaksikan Barisan Nasional kembali memerintah Perak.

Soalnya, adakah Barisan Nasional Perak kini sudahpun bangkit dari mimpi dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku sehingga membolehkan mereka gagal membentuk kerajaan selepas PRU13 lalu?

Soalnya lagi, adakah Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir, 47 yang juga bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mampu mengembalikan krisis keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) Perak?.

Harapan mengunung masyarakat juga agar Dr Zambry benar-benar berjuang untuk kembali meletakkan Melayu sebagai dominan dalam pemerintahan di Perak selain tidak mengabaikan kepentingan lain-lain bangsa.

Kejayaan mengambil semula Perak dari Pakatan Rakyat juga mula menyerlahkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru sahaja mengambil alih tampuk kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak tidak sampai seminggu.

Kini rakyat sudah tidak sabar-sabar lagi menunggu kepimpinan Najib menggantikan Pak Lah menjelang Mac ini yang diyakini mampu mengembalikan kegemilangan UMNO dan Barisan Nasional selepas dihuru-harakan pada PRU12 lalu.


LIMA SIKAP PAKATAN RAKYAT YANG TERSERLAH DARI KRISIS DI PERAK
1. SANGGGUP MENDERHAKA KEPADA SULTAN
2. SAYANGKAN JAWATAN LEBIH DARI SEGALA-GALANYA
3. TIDAK DEMOKRASI APABILA MEMINTA SEMUA WAKIL RAKYAT MEREKA MENANDATANGANI SURAT MELETAK JAWATAN TIDAK BERTARIKH.
4. MELAKUKAN PEMBAZIRAN DENGAN BERHASRAT MEMBUBARKAN DUN BILA TERDESAK
5. ANGKUH APABILA HANYA MELIHAT KESILAPAN ORANG SEBALIKNYA DIRI SENDIRI TIDAK PERNAH SALAH.

1 ulasan:

Azmi berkata...

Akm....

Bak kata pepatah melayu,anak dirumah mati tak makan,kera dihutan disusukan.begitulah sinomin nya dengan keadaan politik di Perak sebelum ini,manakan tidak penduduk kg baru keriangan mendapat hak milik 999 tahun,manakala orang melayu merempat di negeri sendiri