Sabtu, 21 Februari 2009

BERENTILAH PERGUNAKAN RAKYAT


KESILAPAN TERBESAR PAKLAH APABILA MELEPASKAN ANJING YANG TERSEPIT...SEBAB ITU PEMBANGKANG CUKUP GEMAR DAN MERINDUI PEMERINTAHAN PAK LAH.

SENAK betul fikiran bila Pakatan Pembangkang asik mengheret rakyat sebagai benting utama segala tindak tanduk mereka selama ini.

Tiba-tiba namanya kini digelar Pakatan Rakyat…soalnya bila pula rakyat yang majoroti di negara ini bersetuju berpakat untuk membentuk pakatan itu?

Besar harapan agar semua media tidak lagi menggunakan nama Pakatan Rakyat buat pakatan PKR, DAP dsan Pas ini kecuali jika mereka benar-benar menubuhkan satu nama seperti BN dan satu logo dalam pilihanrayanya nanti.

Dan di Perak semua pakatan ni kata perlu kembalikan kuasa kepada rakyat, soalnya rakyat di Perak majoritinya memilih parti apa? Bukanlah UMNO menang 26 kerusi, DAP 16, PKR 8 dan Pas hanya 6….

Nyanyukkah Ustaz songsang, kononnya tuan guru, Nik Aziz mengatakan UMNO merampas hak rakyat. Dia mengatakan UMNO umpama Gangster apabila merampas kerajaan Perak pilihan rakyat sedangkan rakyat Perak memberikan 26 kerusi kepada UMNO sedangkan Pas yang hanya menang 6 jadi Menteri Besar boneka buat sementara waktu?

Rakyat Perak semenangnya sudah buat keputusan memberikan UNDI majority kepada UMNO dan selayaknyalah UMNO menjadi Menteri Besar, apa perlu dipertikai sedangkan Sultan sudah perkenan.

Tiba-tiba pula pembangkang kini merindui Pak Lah dan Hj Hadi serta Nik Aziz berlumba-lumba mengatakan Pak Lah perlu kekalkan jawatan Presiden untuk apa? Senak…jemu dan meluat melihat telatah mereka yang sering menggunakan agama untuk kepentingan sendiri….

Gila pula Nik Aziz dalam harakah bdipetik sebagai berkata kata Pak Lah dipilih rakyat 5 tahun apa perlu dia serahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib? Fuh…balik-balik menggunakan rakyat sebagai pelindung kepada tindakan mereka yang umpama Dajal alaf ini.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya suka tulisan dan idea saudara yang bernas tetapi kenapa jarang memberi komen atau mengulas pelbagai isu yang berlaku sekarang...harap saudara dapat hantar artikel kerap supaya ia dapat diikuti.

Tanpa Nama berkata...

Tepat sekali tulisan saudara, saya harap pihak lain akan ikut menyekat penggunaan nama Pakatan Rakyat dari berterusan.
Bagaimana ingin melanggan majalah ini. Saya sudah cuba cari di pasaran tapi tiada.

Tanpa Nama berkata...

Memang selama ini rakyat sering jadi perisai manusia yang berkepentingan seperti Anwar untuk menegakkan benang basahnya...
Rakyat perlu sedar apa sebenarnya yang berlaku dan jangan termakan gula-gula 'pakatan rakyat'...ops pakatan syaitan...
Sudah terang lagi bersuluh geng-geng PKR memang tak bermoral dan bermaruah...

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya pendaftar pertubuhan haramkan penggunaan nama rakyat dalam percubaaan cuba merakyatkan sesuatu contohnya : Pakatan Rakyat dan Terminal Rakyat di Labu...yg dah gagal

Tanpa Nama berkata...

Benar sekali PR tak mampu direalisasikan kerana mereka duduk seperahu tetapi mendayung ke haluan yang berbeza.

Namun begitu, kita harus berfikiran rasional, ingat lah kata pepatah melayu "kalau tidak ada rotan, akar pun berguna"...memang betul kata TUN Melayu mudah lupa..hatta peribahasa sendiri pun kita dah terlupa.


Maksud peribahasa tersebut ialah kalau dah tak ada pilihan, yang kelihatan 'tidak sempurna" pun akan dijadikan sandaran.

Ini lah yang berlaku dalam senario politik Malaysia sekarang. Apabila BN tidak lagi dilihat berjiwa rakyat maka rakyat terpaksa membeli "jiwa" yang baru sebagai satu "harapan".

Ironinya kejadian manusia memang sentiasa memerlukan "harapan" dan apabila mereka melihat alternatif yang boleh memberi harapan,maka pilihan mereka akan terarah kesitu.

Malangnya pohon rendang ( iaitu PR-DAP,PKR-PAS)yang disangka boleh menumpang teduh adalah pohon yang reput dan mungkin boleh rebah dan membahayakan diri sang kelana.

Aduhai, apalagi pilihan yang ada sedangkan rotan (BN) yang ada telah pun reput dijamah bumi...

kerana nama Kita Rakyat jelata, maka nama kita dijaja, nama kita konon nya memberikan sokongan,nama kita untuk membeli sokongan, tetapi:-

Yang terus menderita
Yang terus dinista
Yang terus ditindas
Yang terus sengsara
ADALAH KITA

dan akhirnya, kalau terjadi sesuatu musibah, nama kita yang dikatakan tidak tahu mengenang budi..

Apakan daya..kita hanya RAKYAT biasa

Tanpa Nama berkata...

Depa duduk seperahu BUKAN mendayung haluan berbeza.... masing2 duk berlumba2 tebuk lubang.............. siapa tebuk lubang besar akan rasa lebih Baguih....

pisau berkata...

Penulis,
benarnya memang ada yang celik akan kepincangan pakatan Haram tu,
tetapi mesej2 menempelak & menyangah fitnah PR kepada akar umbi & masyarakat tidak sampai,
mana ada pihak BN yang turun padang untuk melawan balik ,hanya sekadar membuat statement di akhbar,
golongan pemimpin dalam UMNO am nya lembik dan lunyai,maaf la ..ini lah kenyataan,
bagi peluang untuk golongan yang betul2 berani untuk berhadapan dengan PR untuk melawan balik .kalau hanya sekadar dapat duduk di kerusi empuk tanpa memberi impak yang berkesan tak guna jugak,

saya didalam sayap pemuda agak jelik dengan sifat yang pasif oleh golongan atasan.sekali lagi di ulang LUNYAI & LEMBIK!

tetapi syukur la ada BPN & org seperti saudara,yang mengambil inisiatif sendiri untuk melawan balik PR di internet,
tetapi masih belum cukup.. Ingat akan saluran 4 & 5 tu sasaran kita yang pasti nya BN jauh ketinggalan .

Tanpa Nama berkata...

salam sdr E9

telebih dahulu sy ucapkan terima kasih krn sudi melawati blog saya dan memberi komen.

anwar skrg masih giat memperkudakan sesiapa saja yg dia rasakan boleh dipengaruhi asalkan cita2nya tercapai...jatuh bangun bangsa melayu sudah tak diendahkan..dia lebih rela melihat bangsa melayu bercakaran sesama sendiri..itu lah anwar yg sebenarnya...

Tanpa Nama berkata...

saudara...
saya menunggu bila e9 akan diterbitkan di pasaran...
majalah ini amat sesuai untuk dibaca kerana susun aturnya begitu menarik dan artikalnya ada class tersendiri.