Isnin, 10 November 2008

UMNO KINI DIPERSIMPANGAN


Pose istimewa daripada Tun Dr Mahathir Mohamad
Nantikan wawancara khas E9 bersama mantan Perdana Menteri itu, di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUATNYA burung kerana sayapnya, kuatnya ketam kerana sepitnya dan kuatnya ayam kerana tajinya, walaupun asas kekuatan mereka adalah berbeza namun prinsipnya sama iaitu bagi membolehkan ia mampu menyerap ancaman dan mempertahankan diri seandainya diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

Bagaimanapun, bagi kekuatan Melayu, pengasas parti UMNO, Datuk Onn Jaafar pernah berkata “Melayu hanya selamat apabila kuat dan kuat apabila bersatupadu”.
Ungkapan itu sering kita dengar dan dianggap biasa tetapi hakikatnya adakah Melayu kini benar-benar selamat walaupun menduduki tanahair sendiri, di bumi bertuah ini, Malaysia?.

Melihat senario perkembangan politik semasa, khususnya selepas PRU12 lalu, Melayu kini diambang kegawatan yang amat sangat apabila Melayu sendiri mula membelakangkan nilai dan prinsip-prinsip perjuangan Melayu sehingga menyebabkan wujud perpecahan yang nyata sekaligus menyebabkan kekuatan yang dibina oleh datuk dan nenek moyang kita kini mulai goyah.

Hari ini, Melayu bukan sahaja menghadapi cabaran dari bangsa lain yang sentiasa ‘menangguk di air yang keruh’, namun lebih malang lagi Melayu sendiri makan Melayu dan Melayu sendiri sedikit demi sedikit menyerahkan kuasa dan hak kepada bangsa lain.

Demi kepentingan politik dan survival politik, pembangkang melalui Pakatan Rakyat yang ditunjangi parti Keadilan Rakyat dan diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim kini memperjuangkan Malaysia Malaysian dan keadilan untuk semua kaum sambil melupakan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu serta keistimewaan agama Islam sebagai agama rasmi.
“Negara ini bukan, Melayu punya, Negara ini bukan Cina punya dan Negara ini bukan India punya,” kata Anwar yang merupakan simbolik kepada perjuangan mereka selama ini yang menyerupai perjuangan PAP di Singapura dan DAP di Malaysia.

Pada 18 – 24 Mac 2009 nanti, parti keramat UMNO akan berhadapan dengan satu lagi cabaran dalamannya, selepas menyaksikan tsunami sokongan beralih arah pada PRU12 lalu, Perhimpunan Agung UMNO yang bakal dilangsungkan itu adalah persimpangan sama ada UMNO akan kekal releven atau terus mula dipinggirkan oleh rakyat.

Disebabkan perhimpunan kali ini adalah yang pertama selepas PRU12 dan pengunduran Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi pengubat keresahan, maka sewajarnya cabaran dan pengalaman dihadapi sepanjang 62 tahun penubuhannya dijadikan azimat dalam mengatur langkah ke depan.

Diasaskan pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru, Umno yang akronimnya berasal daripada bahasa Inggeris United Malays National Organisation baru merayakan sambutan ulang tahun ke-62 pada 11 Mei lalu. Dalam usia sedemikian, Umno sudah boleh dianggap cukup matang dan dewasa sebagai institusi politik terbesar dan paling unggul.

Sejak zaman Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putera, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, semua mereka mengemudi perjuangan Umno secara bijaksana dan terarah, lalu bagaimana dengan Pak Lah?. Hasil kepemimpinan pragmatik Umno inilah membolehkan Malaysia berkembang daripada sebuah negara kerdil dan mundur lebih 50 tahun lalu, kepada sebuah negara membangun yang disegani dunia.

Kini kita tidak boleh meletakan di bahu bakal presiden UMNO yang menang tanpa bertanding, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memperbetulkan UMNO seorang diri, sebaliknya setiap lapisan dari peringkat cawangannya sendiri perlu memperbetulkan parti.

Di Johor umpamanya, Datuk Ghani Othman sering berbangga bahawa UMNO Johor masih merupakan institusi yang menjalankan tanggungjawab sebagai penghubung sesama masyarakat ia masih menjadi tiang seri UMNO dan juntung hati Barisan Nasional.

Di Johor masih terdapat kumpulan bola sepak pemuda UMNO Cawangan, kumpulan Yassin UMNO Cawangan, kumpulan kendarat UMNO cawangan, kumpulan kompang UMNO cawangan dan pelbagai lagi, pendek kata UMNO di peringkat cawangan masih menjalankan peranan sebagai satu institusi berkesan melaksanakan pelbagai aktiviti hingga kehadirannya benar-benar dirasai oleh masyarakat.

Sebab itulah, UMNO di Johor masih mendapat sokongan yang kuat dari akar umbi dan selagi ia dilakukan, UMNO akan terus releven.
“Itulah keistimewaan UMNO Johor yang mampu bergerak aktif dan mendampingi rakyat, jadi saya amat yakin jika UMNO hari ini menggunakan kaedah yang sama, walau dimana sahaja ia akan tetap terus diterima dan mendapat sokongan,” kata Ghani sewaktu diwawancara baru-baru ini.
Bagaimanapun, hakikat sebenarnya, UMNO secara keseluruhannya hari ini semakin lama semakin goyah kerana pemimpinnya juga bukan hanya memikirkan soal program sebaliknya berusaha sedaya upaya dan matlamat menghalalkan cara, bagaimana mereka mampu memenangi pada pemilihan bulan Mac nanti.

Sebab itulah kita mula hairan bagaimana ada pemimpin yang sebelum ini dianggap tidak popular secara tiba-tiba mendapat pencalonan yang tinggi dan ada pemimpin yang tidak menghiraukan pencalonan kerana bagi mereka cukuplah dengan kouta yang diperlukan kerana yang paling penting ialah G6 dan G7 akan akan memilih mereka. Bagi sayap parti pula cukuplan dengan hanya menjaga Ketua, Naib dan G2 sahaja.

Bagi saya, pencalonan yang diterima sekarang hanyalah hasrat bahagian dan ada juga yang dipengaruhi faktor wang, sebaliknya hasrat G6 dan G7 dan G2 bgi sayap nanti adalah berbeza sama sekali. Sebab itu, ada calon yang tidak memperdulikan soal sokongan akar umbi, sebaliknya yang paling penting ialah kekuatan mereka terhadap perwakilan, berapa bayaran tidak menjadi soal walau jutaan ringgit melayang yang penting kemenangan mampu diperolehi.

Keadaan ini amat merbahaya sekali kerana terdapat perwakilan yang tidak lagi membuat pertimbangan yang sewajarnya sebagaimana kehendak bahagian yang diwakilinya, sebaliknya mencari pulangan pelaburan yang sudah dicurahkan sewaktu bertanding di peringkat bahagian.

Jika ia berterusan berlaku maka percayalah calon bertanding tetap akan menang kerana kekuatan mereka terhadap perwakilan tanpa mendapat sokongan daripada rakyat dan jika ia berterusan lagi…maka tunggulah masanya UMNO pula kehilangan kepercayaan dan sokongan rakyat khususnya dalam PRU13 nanti.

Ramai yang sudah jelak dan muak dengan gelagat segelintir pemimpin yang bertanding, sehingga pemimpin yang benar-benar berjiwa besar hampir tengelam dalam kegelojohan pesaing serta perwakilan. Soalnya apa perlu dilakukan terhadap mereka yang jelas melanggar kod etika berkempen ini?

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan jawatan peringkat tertinggi dibatalkan kerana hampir semua salah dan menjalankan politik wang.

yang tak salah tu terus aje dilantik.

Tanpa Nama berkata...

Bila isu Tun nak diterbitkan dan disiarkan di sini?

Tentu banyak komen menarik dari Tun?

Tahniah kepada E9 kerana menjadi majalah dan media yang melaporkan terus interview bersama pemimpin negara.

Harap dapat interview calon2 ketua pemuda pula selepas ini.

Tanpa Nama berkata...

Menarik dan ada class...itu yg boleh saya komen mengenai majalah e9, cuma mana isu yang terbaru...macam mana nak tempah?

harap dapat maklumat lanjut.

Tanpa Nama berkata...

UMNO memang dah kena penyakit barah...

saya setuju benar jika ia diubati dan mana2 yg menggunakan wang perlu diambil tindakan sebagai pengajaran.

jangan lupa, banyak yang sudah terlepas dari tangan Melayu...takkan nak haapkan PKR yang lebih cina dari org cina. takkan nak harapkan pas yang bersekongkol dgn mereka?

tapi apa yg rakyat bawahan boleh buat kalau UMNO sendiri yg memang dah tak boleh diharap?

Tanpa Nama berkata...

setuju dengan tulisan penulis, UMNo kini sudah dipersimpangan.

Simpang empat...ke depan jalan ke kubur, ke kiri jalan kemusnahan parti dan ke kanan jalan kemusnahan negara dan agama.

UMNO cuma ada satu jalan....kembali ke asalnya....

Salam

Tanpa Nama berkata...

Bila issue baru nak keluar....macam mana nak beli?

Harap dapat maklumat