Isnin, 17 November 2008

BUDAYA UMNO JOHOR TERUS SUBUR




BUDAYA UMNO Johor yang sememangnya dikenali dan dihormati seluruh Negara terus menjadi asas kekuatan UMNO negeri untuk terus menjadi ‘tiang seri’ UMNO dan ‘jantung hati’ Barisan Nasional.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Haji Abdul Ghani Othman berkata Melayu di Johor amat menghayati pentingnya perpaduan dan amat sedar Melayu Johor dan Melayu UMNO Johor begitu selari dan sentiasa dapat dipupuk dan menjadi budaya di peringkat akar umbi.

“Maka perpaduan itu dapat dipupuk secara berterusan di peringkat akar umbi UMNO. Agama Islam di Johor juga tidak menjadi sumber perpecahan, mungkin pendidikan agama yang menyeluruh di semua peringkat dan kebanyakan rakyat bersekolah agama jadi mereka faham dan tidak mudah dipesongkan fahaman serta kepercayaannya seperti isu kafir mengkafir dan ia berlaku dalam setiap anak Johor yang dapat mempertahankan Melayu melalui UMNO di Johor,” katanya.

Menurutnya, pada tahun 1988, UMNO Johor dan orang Melayu Johor menghadapi cabaran yang luar biasa, tanda-tanda perpecahan dan kurangnya sokongan mereka terhadap UMNO, ini perpecahan yang paling terdekat pernah berlaku.

“Pada 1988 itu, UMNO Johor pada keadaan tercabar dan untuk mengajak Melayu Johor bersatu perlu diberi sokongan kpd UMNO. Saya percaya masyarakat Melayu Johor masih lagi sedar dan faham betapa pentingnya Melayu di Johor ini bersatu padu melalui UMNO kerana itu merupakan sumber kekuatan orang Melayu di Johor serta ini untuk bersama-sama bangsa lain di Johor ini,” katanya.

Maka, katanya, dalan Resolusi Melayu Johor (RMJ), UMNO mengambil langkah untuk mengajak pimpinan Melayu yang datangnya daripada badan-badan sukerela Melayu dan kepimpinan Melayu Johor termasuki membabitkan Allahyarhan Tun Hussein Onn dan Allahyarham Jalil Hassan untuk mengajak orang Melayu memulihkan keadaan bersama-sama Melayu Johor.

“Alhamdulillah dengan kepimpinan yang dihormati maka kita berjaya untuk memulihkan perpaduan dan sokongan kepada UMNO Johor dan itu sebenarnya yang berlaku. Saya serba-sedikit terbabit kerana saya berpegang kepada perjuangan iaitu mengatasi perpecahan dan mengajak perpaduan.

Menurutnya, satu lagi cabaran ialah pasa 1997 apabila kes Datuk Seri Anwar Ibrahim disingkirkan dari parti dan kerajaan, dan beliau melihat bahawa Melayu Johor rata-rata tidak terpengaruh hingga membawa perpecahan dan sokongan mereka disebabkan kes itu.

“Sekadarkan mereka perlu penjelasan dan penerangan yang jelas mengenainya dan saya mengambil langkah untuk bersama semua kepimpinan di Johor ini sama ada di peringkat masyarakat tempatan, daerah dan negeri semuanya terbabit tanpa mengira agama dan budaya dan saya sampaikan dalam tempoh dua bulan setiap hari dan alhamdulillah pada pilihanraya 1999, kita berjaya dengan begitu baiknya walaupun negeri lain teruk sehingga Terengganupun tewas kepada Pas ketika itu,” katanya.

Kini, kali ketiga kita diuji dengan agak berat, selepas keputusan agak kurang meyakinkan pada PRU12 lalu. Namun, budaya UMNO Johor yang mementingkan kestabilan parti dan Negara mengatasi segala-galanya telah menyebabkan Perhubungan UMNO negeri mengunjurkan pelan peralihan kepimpinan, selepas tiga minggu PRU12.

“Umno Johor yang bermesyuarat telahpun mengambil keputusan bersama-sama dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk memperkukuhkan parti dan menganjurkan Pak Lah untuk peralihan kepimpinan kerana kita berpendapat bahawa kita perlu kepimpinan pada tempoh cukup masa untuk membuat persiapan bagi menghadapi pilihanraya yang ke-13” katanya.

Justeru katanya, dalam setiap perbuatan dan tindakan UMNO Johor sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan masyarakat dan UMNO di Johor sentiasa ke hadapan bagi menangani pelbagai permasalahan dan ia menjadi satu budaya yang diperjuangkan sejak dahulu.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Comment by kerispanjang on 2008-11-18 17:56:55
jgn lupa org johor..pecacai2 abodolah dan kroni-kroni kawan kita si kj tu dh lepas kesana..jd jgn syok sgt..silap2 haribulan korang kena jual nnt..

-----------------------------------Comment by rosJB on 2008-11-18 23:25:50
Aku tumpang bangga bila baca artikal ini...tahniah UMNO Johor kerana terus menjadi tunjang kekuatan Bangsa Melayu.

Kepada pemimpin-pemimpin di Johor, harap terus hayati budaya UMNO Johor ini.

Kepada Datuk Ghani, perjuangan yang ditunjukkan amat membanggakan seluruh warga Johor.

-----------------------------------
Comment by zulmajid61 on 2008-11-19 09:51:48
Wakil-wakil rakyat dan para pemimpin UMNO jangan pulak duduk selesa....perjuangan masih belum selesai. Turunlah ke akar umbi, satukan kembali ahli-ahli UMNO yang berpuak-puak. Jalinkan hubungan mesra.

Jaga hati ahli UMNO umpama jaga hati orang-orang Melayu....takut Melayu Mudah Lupa

-----------------------------------
Comment by muar on 2008-11-19 12:45:34
aku setuju dgn zulmajid...wakil wakil rakyat dan ahli2 parlimen perlu BEKERJA kuat...jgn dok selesa ingat mudah dok negeri UMNO kuat

apa apa pun boleh berlaku...malas dan tak bekerja untuk rakyat ...tahun 2013 boleh terlungkup..lihat apa jadi di Selangor Penang Kedah Perak dan Kelantan.....suasana pengundi baru yg kebanyakannya muda ...di aorg tak main main dgn nostalgia nostalgia ni....

-----------------------------------
Comment by e9malaysia on 2008-11-19 22:28:00
Alhamdulillah...Dalam temuramah dengan Datuk Ghani, Menteri Besar Johor itu turut menyatakan akan dia akan bergerak ke seluruh DUN mulai 2009 nanti untuk melihat keberkesanan wakil-wakil rakyat yang sudahpun terpilih...jadi kepada zulmajid jangan bimbang kerana sudah menjadi amalan permimpin negeri Johor itu untuk turut ke seluruh pelusuk negeri meninjau.

Jadi...kepada wakil rakyat bersiap sedialah untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab supaya rakyat tidak rasa teraniaya.

-----------------------------------
Comment by fitriaroma on 2008-11-20 10:21:05
Aku yakin Dato Ghani lebih berkeupayaan dan mempunyai idea-idea yang mujarab untuk menguatkan kembali UMNO di hati rakyat. Peralihan kuasa adalah yang dicetuskan Dato Ghani ketika membuat keputusan konsesus bagi menyelamatkan UMNO di tangan pak lah. Betapa bijaksananya, tertibnya dan sabarnya serta berhemahnya Dato Ghani meleraikan setiap kemelut yg melanda walaupun beliau menerima pelbagai halangan dan tekanan. Terimaksih Dato' Ghani, semuga Allah SWT memberi kekuatan dan keberkatan terhadap Dato' sepanjang masa.