LEGASI - Kualiti dan kaya pengalaman kelebihan buat seorang pemimpin.
Walau pelbagai cabaran dan dugaan dihadapi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Pertemuan Ketua Pengarang, Yusaini Ali dan Editor Pengurusan majalan E9, Zurina Waji dengannya, Najib kelihatan tenang dan menjawab soalan demi soalan yang diajukan walaupun kadang-kala ada juga soalan yang agak sensitif. Di antara isu peralihan kuasa, pembunuhan wanita Mongolia dan aduan liwat terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan isu ketuanan Melayu serta kegoyahan UMNO, Najib memberi justifikasi kepada terhadap 32 tahunnya dalam politik. Baginya, pemimpin memerlukan lebih daripada keberanian.
Sudah 32 tahun Datuk Seri membabitkan diri dalam dunia politik, sejak 1976, bukan. Bagaimana Datuk Seri melihat UMNO selama itu?
Najib : Saya melihat UMNO berkembang sebagai sebuah parti yang menjadi teras dan tulang belakang pada pemerintahan dan kerajaan, di mana tentu sekali dalam riwayat sebuah parti politik ada masa air pasang, ada masa air surut di segi kedudukannya.
Namun saya tetap yakin UMNO boleh pulih dan kembali dan boleh kembali sebagai tunggak rakyat dan pemerintah negara.
Selama itu pelbagai jawatan disandang, hingga kini menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Timbalan Presiden UMNO. Bagaimana pengalaman itu dapat membantu Datuk Seri dalam perjalanan seterusnya?
Najib : Untuk sesiapa pun melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai Timbalan Perdana Menteri, seseorang itu perlu mempunyai kemampuan, iaitu capability dan capacity.
Pengalaman sebagai pra-syarat bukan berdasarkan tempoh masa saja, tapi mengambil kira kualiti pengalaman, apa jenis pengalaman yang telah dilalui. Bukan cuma pengalaman berasaskan kepada perkara yang diulang-ulangi. Jika sama, itu bukan pengalaman yang kaya.
Sebagai anak kepada Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak apakah pengalaman dan pengajaran yang Datuk Seri perolehi sebagai anak dan kini bakal mewarisi legasi kepimpinan negara khususnya bagi memartabatkan bangsa?
Najib : Sesungguhnya pendidikanlah yang sebenarnya mengubah martabat bangsa, dari dahulu, sekarang dan masa akan datang. Pendidikan merupakan pelaburan terpenting untuk sesebuah keluarga dan negara. Ketika Tun menjadi Menteri Pelajaran, beliau menyediakan Penyata Razak yang masih menjadi garis panduan untuk pendidikan negara hinggalah ke hari ini.
Sebagai anak juga, bagaimana Tun mendidik Datuk Seri sejak zaman persekolahan?
Najib : Antara kaedah Tun menggalakkan kami lima beradik untuk berjaya dalam pelajaran sewaktu di sekolah rendah ialah dengan memberi RM30 untuk pencapaian periksa penggal jika mendapat nombor 1, RM20 untuk nombor 2 dan RM10 untuk nombor 3. Tun mahukan kami sentiasa berada dalam kedudukan 3 teratas. Itulah agaknya hasrat Tun untuk anak bangsanya, supaya sentiasa menempa kejayaan.
Adakah ia didikan yang diberi membantu Datuk Seri untuk meneruskan kesinambungan pemerintahan untuk agama, bangsa dan Negara?
Tun sebenarnya adalah sumber motivasi saya yang utama, motivasi untuk bekerja kuat demi kepentingan rakyat. Motivasi untuk meneruskan khidmatnya tanpa mementingkan diri sendiri, asalkan rakyat dan negara dapat dibela dan dibangunkan, di kota, di desa malahan di peringkat antarabangsa.
Antara nasihatnya yang masih saya ingati sehingga kini ialah sifat kejujuran ketika menjalankan khidmat, kerana selagi kita jujur dan ikhlas terhadap parti dan rakyat, sudah tentu Allah akan memberkati segala usaha kita itu.
Perdana Menteri telahpun mengumumkan pelan peralihan kuasa kepada Datuk Seri pada Jun 2010, bagaimanapun ada yang melihat kesediaan Datuk Seri menerimanya dilihat sebagai tindakan mengambil jalan selamat dan tidak mempunyai keberanian dihati untuk menentang Pak Lah pada pemilihan kali ini?
Najib : Bukan tidak berani, tapi apa yang kita buat mesti berdasarkan yang terbaik untuk parti. Itu yang saya pegang pada prinsip. Saya juga bukan play-safe atau mengambil jalan selamat, kalau saya mengamalkan play-safe, maka saya tidak akan menjadi ahli politik.
Setiap ahli politik kena hadapi bermacam-macam persaingan dan dugaan serta cabaran. Sepanjang saya berpolitik, tidak ada pertandingan satu lawan satu sahaja seperti untuk jawatan Exco Pemuda UMNO, Naib Presiden UMNO, Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan saya pernah lalui semua itu. Jadi bukanlah bermakna saya takut pada pertandingan tetapi saya ada perkiraan dan pertimbangan tersendiri.
Ada yang menyatakan tindakan peralihan ini dilakukan bagi mengelak Datuk Seri mencabar kedudukan Presiden dalam kedudukan parti Disember nanti?
Najib : Pelbagai pandangan diberikan dan dilontarkan sebab pemerhati politik terlalu ramai. Macam-macam orang yang minat sangat politik UMNO dan politik dalam UMNO. Sudah tentulah mereka tidak sependapat. Namun apa yang penting sekali bagaimana perasaan dan fikiran saya. Apakah saya yakin dan serasi dengan pelan itu. Ini kerana ia melibatkan tubuh badan saya sebagai pemimpin, jadi itulah yang paling utama sekali. Mereka patut berasa yakin bahawa apa yang saya lakukan ialah yang terbaik.
Ada yang kata, kononnya ini suatu perangkap buat Datuk Seri dan Pak Lah cuba mengambil kesempatan. Bagaimana untuk menghadapi persepsi dan andaian seperti ini?
Najib : Saya telah menerangkan banyak sebab dalam ucapan saya semasa perhimpunan bersama pemimpin UMNO dari seluruh Negara pada 10 Julai lalu. Apa yang penting sekali dalam fikiran saya ialah apa yang saya mahu lakukan apabila menjawat kerusi itu nanti, lebih-lebih lagi persiapan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13. Jika kita memberi tumpuan dalam perkara tersebut, kita semua boleh memahami mengapa saya menerima pelan peralihan kuasa itu. Ini kerana tindakan berkenaan akan memelihara kekuatan parti selain saya sendiri percaya kepada peralihan kuasa secara bersopan dan teratur dan mengekalkan tradisi baik dalam UMNO. Jadi, ia adalah satu amalan yang boleh menjadi jalan keluar dalam menentukan kepimpinan parti pada masa akan datang. Maknanya, apabila wujud keperluan untuk melakukan peralihan kuasa, maka kita kembali kepada konvensyen atau tradisi dalam parti. Bagi saya, adalah sangat penting untuk mengekalkan tradisi yang amat baik ini.Pada masa yang sama, saya cukup sedar bahawa suatu hari nanti saya juga terpaksa turun dari tampuk pemerintahan dan bila saya turun nanti, saya juga ingin turun dalam keadaan yang baik, tidak mahu menerima asakan atau desakan mana-mana pihak untuk berundur, sebaliknya turun pada masa yang saya fikir sesuai untuk berbuat demikian.
Sejak akhir-akhir ini banyak sekali cubaan untuk memburuk-burukkan imej Datuk Seri. Seperti kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu dan terbaru, dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai hubungan Datuk Seri dan isteri, dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang membuat aduan polis dia diliwat mantan TPM itu?
Najib : Saya ambil sikap filosofikal. Ini asam garam dalam politik. Seorang pemimpin tak dapat lari daripada dugaan dan ujian. Lagi tinggi kedudukan, lagi besar dugaan. Kena tabah, yakin apa kita buat atas landasan benar. Kebenaran tetap menenggelami kebatilan.
Saya anggap ia sebagai dugaan dalam jawatan saya. InsyaAllah saya tetap akan meneruskan perjuangan. Saya gembira 32 tahun perkhidmatan, saya telah banyak memberi sumbangan membela nasib rakyat. Itu mungkin satu perisai saya bagi menghadapi cubaan dan ujian.
Soalnya, dalam kes Altantuya, mengapa sekarang baru menafikan?
Najib : Saya tidak mendiamkan diri. Sebenarnya, saya sudah nafikan dari awal lagi tapi sampai satu peringkat tuduhan itu sangat berat, maka saya perlu buat kenyataan dan ia mendapat liputan meluas. Selama inipun saya buat tetapi tidak dapat liputan meluas.
Jadi, apa sebenarnya berlaku? Mengapa sampai Datuk Seri boleh dikait?
Najib : Ini muslihat politik, tak ada lain (sebab).
Bagaimana dengan Surat Akuan Bersumpah Raja Petra Kamaruddin, ketua laman web Malaysia Today, mengaitkan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor kononnya ada bersama ketika mayat wanita Mongolia itu diletupkan?
Najib : Polis sudah siasat sepenuhnya dan isteri saya sudah beri keterangan lengkap. Ada rekod cukuambil tindakan yang sewajarnya. Pegawai tentera yang dikaitkan dengan akuan bersumpah itu p lengkap dan bukti mengenai apa yang isteri saya buat pada malam (kejadian) itu, di mana saya berada dan sebagainya dan kita telah serah kepada pihak polis dan saya yakin polis dan Peguam Negara boleh telah mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis tersebut.
Ini adalah pembohongan dan fitnah yang besar.
Apa perasaan Datuk Seri ketika kali pertama nama dikaitkan dengan kes ini? Bagaimana Datuk Seri menyakinkan rakyat ianya hanya muslihat politik?
Najib : Saya sedih kenapa dikaitkan dengan saya. Masa ceramah di Ijok (ketika kempen pilihanraya kecil), saya pernah cakap. Saya tidak kenal (Altantuya) sama sekali. Atas nama Allah, saya tidak kenal perempuan ini sama sekali. Wallahi Wabillahi Watallahi, Demi Allah saya tidak pernah mengenali perempuan Altantuya ini sama sekali.
Saya akan ulang perkara ini. Saya tidak ada apa nak ditakuti. Tidak ada bukti saya dikaitkan dengan perempuan ini.
Malah, Surat Akuan Bersumpah penyiasat (P Balasubramaniam) itu pun sudah ditarik balik. Dia mengaku ada tekanan. Apa yang dibuat tidak benar. Keterangan dia dengan polis dalam siasatan jauh berbeza bercanggah dengan apa yang dilakukannya sendiri.
Selagi akuan bersumpah Raja Petra tidak dicabar, ia mungkin menjejaskan UMNO sedikit, selain Datuk Seri terutama dalam pemilihan akan datang?
Najib : Kita kena serahkan kepada polis dan Peguam Negara, saya masih tunggu apa reaksi. Mudah-mudahan ada tindakan daripada mereka bagi melindungi orang yang tidak bersalah.
Ditambah dengan isu seperti ketuanan Melayu yang dibangkitkan ketika Datuk Seri Anwar melaungkan kesaksamaan rakyat, bagaimana kesannya pada UMNO?
Najib : Saya sendiri tidak suka guna istilah ketuanan Melayu. Interpretasi dan konotasinya boleh menimbulkan reaksi kurang senang di pihak lain. Seolah-olah tak ada orang lain, sebagai kita dengan kedudukan istimewa. Saya lebih suka guna istilah ‘keindukan Melayu.’
Tengok Melayu sebagai mainstream, induk dalam negara, pentadbiran. Kita guna, supaya kita boleh jadi payung kepada kaum-kaum lain. Kita mesti terima realiti kita multi religion, culture and racial. Ini merupakan satu realiti kepada masyarakat.
Dalam era globalisasi, taraf pendidikan sudah maju, setiap individu ada aspirasi dan tuntutan masing-masing. UMNO tidak boleh bersandar pada sejarah. UMNO kena terima hakikat (suasana) realiti masyarakat hari ini dipengaruhi unsur baru, ia menuntut kita kena sesuaikan UMNO dengan realiti dan persekitaran baru.
Datuk Seri Anwar melihat aduan liwat terhadapnya sebagai satu konspirasi menjatuhkannya ketika karier politiknya mulai pulih. Apa kata Datuk Seri?
Najib : Saya tidak lihat ia konspirasi kerana orang berkenaan adalah pegawai khas dia sendiri. Dia yang pilih. Itu, satu.
Yang kedua, saya tidak kenal pegawai itu. Gambar yang diedar dalam blog dan akhbar, itu gambar dia dengan pegawai saya ketika dia minta biasiswa nak jadi pilot. Dia tak jumpa saya.
Bila dia terima tekanan akibat dakwaan diliwat, dia minta jumpa saya. Bukan saya minta jumpa dengan dia. Itu kali pertama saya kenal dia. Saya kata, terserah pada dia apa nak buat. Saya tak nampak di mana kesahihannya.
Datuk Seri Anwar seolah ‘dibela’, apabila Washington, melalui jurucakap Jabatan Negara, Tom Casey membuat kenyataan menentang sebarang siasatan atau pendakwaan yang didorong politik terhadap Anwar.
Najib : Itu memperlihatkan sikap Amerika Syarikat, memang suka orang yang dijadikan boneka, ikut telunjuk. Kalau ikut konsep demokrasi mereka kena terima mana-mana parti yang dipilih rakyat teramai. Kita ada mandat, menubuhkan kerajaan dan mereka harus berurusan dengan kita, bukan orang lain. Inilah prinsip amalan demokrasi. Dia (Amerika) melaungkan demokrasi sebagai pilihan terbaik (pemerintahan) di dunia, tapi bagi mereka, amalan itu kena ikut selera dan pertimbangan mereka sendiri dan bukan amalan prinsip sebenarnya.
Orang kata UMNO perlu diselamatkan. Adakah Datuk Seri berkongsi pendapat yang sama?
Najib : UMNO berada di persimpangan jalan. Mungkin, jika tidak buat sesuatu boleh jadi kita akan hilang kuasa sama sekali dan ia tidak mustahil. Jika kita cinta dan sayang serta kasih kepada parti, kita patut bangun daripada keadaan sekarang dan berjuang bukan saja dengan semangat baru, tapi juga ada strategi baru menentu hala tuju UMNO sebagai satu parti, dapat dilakukan rekayasa agar UMNO dapat memenuhi citarasa dan aspirasi rakyat.
UMNO kini disebut tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair, sehingga dianggap tidak relevan dalam perjuangan. Malah orang kerajaan, juga ahli UMNO sendiri mengundi pembangkang dalam pilihanraya lalu. Mengapa?
Najib : Memang ada yang tidak puas hati. Mereka sebut the arrogance of power. Kita terbawa-bawa akan kekebalan dalam politik. Kena kena sedar, jangan ada pula kita melakukan sindrom penafian. Realiti, persepsi orang (UMNO) ada masalah. Kita mesti bermuhasabah kita kena berubah di semua peringkat agar rakyat lihat kita sebagai parti pilihan utama.
Walaupun keputusan pilihanraya lalu agak merosot. Johor, dengan 25 kerusi Parlimen dan semua calon UMNO menang dalam pilihanraya lalu, diakui pembangkang sebagai ‘muzium UMNO’ kerana kekuatan dan kegagalan menawannya. Apa sebenarnya kekuatan UMNO Johor?
Najib : UMNO Johor masih menjadi tunggak, tiang seri kepada UMNO keseluruhnya. Jika UMNO jatuh di Johor, kita akan jatuh di seluruh negara. Ini adalah kubu kuat kita.
Tapi sudah ada isyarat awal, kedudukan kita tidak begitu selesa walau kita menang semua (kerusi) kecuali satu. Majoriti undi kita semakin kecil dan tipis, kena beri kesedaran, kena buat sesuatu supaya dapat mengembalikan kegemilangan UMNO Johor.
Datuk Seri mulai 17 Julai lalu Umno di peringkat cawangan mengadakan mesyuarat. Apakah hasrat dan harapan Datuk Seri daripada mesyuarat ini?
Najib : Harapan saya agar ada pembabitkan ahli-ahli parti dapat melihat dengan semangat baru, tunjuk keseriusan untuk memulihkan kekuatan UMNO. Ia patut dihadiri dengan bilangan yang jauh lebih ramai dan kemampuan untuk membahas isu-isu bukan sahaja isu tempatan dan antarabangsa, bukan lagi hanya isu longkang, jalan tak diturap.
Persepsi akar umbi UMNO hari ini, parti ini untuk golongan elit menyertai serta memenangi pertandingan kerana tanpa wang walau di peringkat jawatankuasa Bahagian atau G7 mahupun cawangan, mereka hampir pasti tidak mampu memperolehi sokongan. Bagi Datuk Seri?
Najib : Kita patut tolak politik wang dan materialisme dalam parti. Kita angkat ciri-ciri pimpinan yang baik, kebolehan, kesesuaian dan menunjukkan kita menjunjung idealisme dalam perjuangan. Ini yang kita patut angkat sebagai pemimpin di peringkat Bahagian, bererti UMNO dari awal memupuk pemimpin yang berpotensi terutama dalam pilihanraya kelak.
Jika angkat (pemimpin) berdasarkan apa habuan diterima daripada dia, tidak memilih mementingkan kualiti, sukar kepada pucuk pimpinan nak mengangkat orang-orang yang mudah terima rakyat. Tidak boleh melihat kehendak kita saja, terutama ahli UMNO, tapi siapa boleh diterima orang ramai dan UMNO.
Jika UMNO untuk UMNO saja, minda tertutup, sukar untuk kita untuk menyerlahkan kecemerlangan UMNO.
Kod etika mahu dilaksana bagi mengawal pemilihan, tapi perlukah?
Najib : Kod etika itu perlu, tapi selia dengan berdasarkan pada penilaian kita sendiri sebagai ahli UMNO. Jika nilai baik dan murni maka apa-apa dalam etika, kita laksanakan secara sendiri tanpa didesak atau dipaksa.
Kita boleh kuatkan, apa matlamat etika dan kita sendiri boleh tentukan apa baik dan tidak.
Pemerhati politik, ada melihat perpaduan dalam UMNO sudah berkecai. Memang itukah yang berlaku?
Najib : Jika parti porak peranda, jika proses pemilihan yang terlalu sengit, orang akan melihat UMNO sebagai parti yang tahu merebut kuasa saja. Kita nak orang kenal (UMNO) sebagai parti yang menyumbang dan berfikir, sepanjang masa, bagi kepentingan rakyat. Jadi lebih jelas bahawa kita adalah pembela rakyat yang sebenarnya.
Ogos ini, di kemerdekaan ke-51 ini, bukti UMNO menjadi tunjang pemerintahan negara tapi seolah dilupakan, khasnya generasi baru pasca merdeka. Apakah Datuk Seri berkongsi rasa yang sama?
Najib : Kita tidak boleh menyalahkan generasi baru, tapi kita kena meyakinkan kita parti yang relevan untuk masa depan mereka dan negara. Tidak boleh kata mereka buta sejarah. Kacang lupakan kulit dan sebagainya.
Kata mereka, ‘UMNO tidak perlu, (parti) berdasarkan kepada kaum. Mereka nak pelbagai kaum, tidak perlu Dasar Ekonomi Baru, tidak perlu falsafah, bersaing atas prinsip kesaksamaan. Ini pemikiran generasi baru, UMNO tidak boleh tersekat di zaman dulu. Kita mesti buat proses perubahan supaya UMNO jadi parti diminati generasi baru, disamping generasi yang selama ini menyokong kita.
Sempena Hari Kemerdekaan ini, apakah mesej Datuk Seri kepada semua?
Najib : Jangan bersandarkan kepada sejarah kegemilangan UMNO saja, tapi melihat kepada hala tuju dan masa depan bahawa kita boleh jadi relevan pada generasi baru.