Jumaat, 30 Januari 2009

SINGKIR PENGKHIANAT PARTI

MENANG PEMILIHAN PARTI TETAPI DISINGKIR DALAM KERAJAAN

ENAM puluh dua tahun lalu, UMNO lahir di Negara ini untuk menentang penjajah, memerdekakan Negara , mengembalikan taraf ketuanan bangsa Melayu serta memulihkan keagungan agama Islam. UMNO ketika itu ditubuhkan untuk memperjuangkan agama, bangsa dan Negara.

Sejak penubuhannya sehingga hari ini, inilah keadaannya orang ramai khususnya ahli UMNO malu untuk mengatakan mereka pejuang UMNO sekarang, malah ada yang malu untuk mengakui mereka adalah ahli UMNO.

Lebih mengaibkan apabila politik wang dikatakan sudah menjadi darah daging sebahagian besar ahli UMNO di semua peringkat termasuk di peringkat cawangan. Malah, memalitkan arang di muka apabila beberapa pemimpin UMNO kini sudahpun ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahli UMNO ketika ditubuhkan pada 1946 bukanlah seramai sekarang, namun mereka mampu menaungi orang-orang Melayu khasnya dan masyarakat amnya. Perjuangan mereka sampai sehingga ke akar umbi dan mampu menyatupasukan bangsa dan rakyat.

Hari ini, UMNO bukan sahaja dilihat tidak mampu untuk memperjuangkan masyarakat dan bansga Melayu, malah untuk memperjuangkan ahli UMNOpun sukar dilakukan sebaliknya hanya dilihat mampu untuk menjaga bilangan perwakilan kira-kira 2,560 orang sahaja.
Ramai juga pemimpin yang menanya sama ada anda perwakilan atau tidak sebelum sesuatu bantuan diberikan…buruknya perangai pemimpin UMNO hari ini.

Jadi, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan mengambil alih tampuk pemerintahan perlulah melakukan sesuatu yang drastik termasuk memecat mana-mana ahli atau mengantungnya termasuk pemimpin tertinggi yang terbukti melakukan sogokan untuk mendapatkan undi.

Selain itu, demi memulihkan keyakinan rakyat dicadangkan agar mana-mana pemimpin politik yang menang tetapi menggunakan pengaruh wang untuk mendapatkan sokongan tidak diberi tempat dalam pentadbiran kerajaan.

Biar dia mati beragan… sudahlah duit berpuluh juta ditabur untuk mendapatkan jawatan dalam politik, tidak pula dilantik sebagai menteri dan sebagainya. Ini tentulah akan memberi pengajaran yang berguna kepada pemimpin dan perwakilan yang memilihnya.
Bagi yang sudah tentu mempunyai skandal, sama ada perempuan atau rasuah dan pernah didakwa janganlah benarkan mereka bertanding, muak dan mual rakyat melihat mereka ini masih di dalam UMNO dan kehadiran mereka menyebabkan reputasi UMNO terjejas
teruk.

Di mana-mana peringkatpun, janganlah wujud politik cantas mencantas, walaupun satu puak sahaja memenangi pemilihan khususnya di peringkat bahagian dan cawangan, satu puak lagi mastilah dilantik dalam barisan kepimpinan agar permusuhan tidak berlaku dan bersama membantu untuk berjuang.

Kini, hanya tinggal sekitar sebulan sahaja lagi sebelum peralihan kuasa, ramai yang sudah tidak sabar menanti detik ini, namun mampukah Najib menyahut cabaran yang begini hebat untuk memulihkan keyakinan rakyat, beranikah Najib mengambil tindakan kepada yang merosakkan nama parti?, mampukah Najib memerintah dalam suasana dua mantan perdana menteri asik memerhatikannya? Sama-samalah kita tunggu dan lihat corak dan cara pemerintahannya pula.

Tiada ulasan: