MENANG PEMILIHAN PARTI TETAPI DISINGKIR DALAM KERAJAAN
ENAM puluh dua tahun lalu, UMNO lahir di Negara ini untuk menentang penjajah, memerdekakan Negara , mengembalikan taraf ketuanan bangsa Melayu serta memulihkan keagungan agama Islam. UMNO ketika itu ditubuhkan untuk memperjuangkan agama, bangsa dan Negara.
Sejak penubuhannya sehingga hari ini, inilah keadaannya orang ramai khususnya ahli UMNO malu untuk mengatakan mereka pejuang UMNO sekarang, malah ada yang malu untuk mengakui mereka adalah ahli UMNO.
Lebih mengaibkan apabila politik wang dikatakan sudah menjadi darah daging sebahagian besar ahli UMNO di semua peringkat termasuk di peringkat cawangan. Malah, memalitkan arang di muka apabila beberapa pemimpin UMNO kini sudahpun ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ahli UMNO ketika ditubuhkan pada 1946 bukanlah seramai sekarang, namun mereka mampu menaungi orang-orang Melayu khasnya dan masyarakat amnya. Perjuangan mereka sampai sehingga ke akar umbi dan mampu menyatupasukan bangsa dan rakyat.
Hari ini, UMNO bukan sahaja dilihat tidak mampu untuk memperjuangkan masyarakat dan bansga Melayu, malah untuk memperjuangkan ahli UMNOpun sukar dilakukan sebaliknya hanya dilihat mampu untuk menjaga bilangan perwakilan kira-kira 2,560 orang sahaja.
Ramai juga pemimpin yang menanya sama ada anda perwakilan atau tidak sebelum sesuatu bantuan diberikan…buruknya perangai pemimpin UMNO hari ini.
Jadi, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan mengambil alih tampuk pemerintahan perlulah melakukan sesuatu yang drastik termasuk memecat mana-mana ahli atau mengantungnya termasuk pemimpin tertinggi yang terbukti melakukan sogokan untuk mendapatkan undi.
Selain itu, demi memulihkan keyakinan rakyat dicadangkan agar mana-mana pemimpin politik yang menang tetapi menggunakan pengaruh wang untuk mendapatkan sokongan tidak diberi tempat dalam pentadbiran kerajaan.
Biar dia mati beragan… sudahlah duit berpuluh juta ditabur untuk mendapatkan jawatan dalam politik, tidak pula dilantik sebagai menteri dan sebagainya. Ini tentulah akan memberi pengajaran yang berguna kepada pemimpin dan perwakilan yang memilihnya.
Bagi yang sudah tentu mempunyai skandal, sama ada perempuan atau rasuah dan pernah didakwa janganlah benarkan mereka bertanding, muak dan mual rakyat melihat mereka ini masih di dalam UMNO dan kehadiran mereka menyebabkan reputasi UMNO terjejas
teruk.
Di mana-mana peringkatpun, janganlah wujud politik cantas mencantas, walaupun satu puak sahaja memenangi pemilihan khususnya di peringkat bahagian dan cawangan, satu puak lagi mastilah dilantik dalam barisan kepimpinan agar permusuhan tidak berlaku dan bersama membantu untuk berjuang.
Kini, hanya tinggal sekitar sebulan sahaja lagi sebelum peralihan kuasa, ramai yang sudah tidak sabar menanti detik ini, namun mampukah Najib menyahut cabaran yang begini hebat untuk memulihkan keyakinan rakyat, beranikah Najib mengambil tindakan kepada yang merosakkan nama parti?, mampukah Najib memerintah dalam suasana dua mantan perdana menteri asik memerhatikannya? Sama-samalah kita tunggu dan lihat corak dan cara pemerintahannya pula.
Jumaat, 30 Januari 2009
…dan apabila rakyat mula bosan
UMNO MENUNGGU MASA UNTUK DITALKINKAN
BILA ahli UMNO mengatakan bakal mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah perlu meletak jawatan secepat mungkin, maka juak-juaknya akan marah kerana mengatakan tidak ada salah dan cacat celanya dia.
Bila rakyat mula mengusulkan undi tidak percaya kepada kepimpinan dengan menidakkan majoriti 2/3 kerajaan Barisan Nasional pada pilihanraya ke-12 lalu, juak-juaknya berkata kesalahan tidak harus diletak di bahu Pak Lah, sebaliknya ramai calon kalah kerana disabotaj oleh ahli dan pemimpin akar umbi itu sendiri.
Bila UMNO tewas di Permatang Pauh dengan majoriti amat tinggi dan di luar jangkaan serta memalukan, juak-juaknya kata apa salah Pak Lah, bukankah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi Pengarah Pilihanraya itu.
Mengapa harus kita salahkan Pak Lah waktu itu kerana dia sibuk meninjau perjalanan LRT yang baginya jauh lebih penting dari pilihanraya.
Dan bila UMNO tewas lagi di Kuala Terengganu dengan majoriti 2,631 undi, jelas jauh daripada kemenangannya pada PRU12 lalu dengan majoriti 628 undi. Namun dengan angkuh Pak Lah sewaktu kempen mempersoalkan mengapa hanya ahli UMNO yang mengatakan calon berkenaan tidak sesuai atas faktor keperibadiannya yang agak bangsawan dan dikatakan sombong. Seolah-olah dia tidak bersalah apabila rakyat dan pengundi menolak calon pilihannya itu.
Malah, Khairy Jamaluddin juga dengan lantang membuat kenyataan akhbar bahawa kekalahan itu bukanlah akibat faktor calon walaupun penarik beca di Pasar Payangpun akan mengatakan sebaliknya.
Jelas, kalau kepimpinan yang ada ikut cakap ahli UMNO yang jauh lebih ‘bijak’ dan sudah tahu UMNO akan kalah kerana salah pilih calon, namun mengapa Pak Lah tetap tidak dengar? cakap siapa lagi dia mahu dengar? Cakap menantu? Cakap budak tingkat 4? Atau cakap Alwi?
Mujur juga jentera pilihanraya yang dipimpin Najib serta Badan Perhubungan negeri-negeri bergerak dean menyelesaikan banyak masalah sepanjang kempen berlangsung jika tidak mungkin UMNO akan tewas dengan majoriti sebagaimana di Permatang Pauh.
Tewas dalam Pilihanraya UMUM dengan teruknya di 5 negeri dan Kuala Lumpur, tewas di Permatang Pauh dan kini di Kuala Terengganu, namun mengapa pemimpin yang ada masih melakukan kesilapan yang sama…calon?
Memang manusia tak lepas dari melakukan kesalahan dan sering melakukan kesilapan tetapi kita akan menjadi lebih bodoh apabila membenarkan kesilapan itu berulang dan berulang.
Memanglah UMNO tidak hanya wujud semata-mata untuk pilihanraya, namun memenangi pilihanraya amatlah penting bagi melaksanakan agenda perjuangan parti.
Hari ini, pemimpin-pemimpin UMNO tidak hanya boleh mendabik dada mengatakan UMNO adalah parti yang memperjuangkan kemerdekaan dan memberikan kegemilangan kepada Negara. Memang sejarah gemilangnya tetap di kenang namun soalnya adakah pemimpin yang ada hari ini benar-benar memperjuangkan agama, bangsa dan Negara?
Sejauh manakah pemimpin-pemimpin UMNO yang ada hari ini sama ada diperingkat cawangan, bahagian, negeri mahupun pusat benar-benar merupakan pejuang rakyat dan disukai masyarakat?
Sejauh manakah calon-calon yang akan bertanding dalam Perhimpunan Agung UMNO
benar-benar pilihan rakyat. Walaupun mereka ditentukan oleh bahagian masing-masing dan Perhimpunan Agung ditentukan perwakilan bahagian tetapi sejauh manakah mereka disenangi oleh akar umbi khususnya pengundi?.
Dan muka itu juga yang berterusan menang dalam pemilihan bahagian dan di Perhimpunan Agung UMNO nanti. Walaupun rekod rasuahnya mak datuk…walaupun kes perempuannya…nauzubillah, tetapi mereka tetap bertanding dan akan memang. Walaupun dihujani pelbagai skandal tidak menjejaskan reputasi dikalangan 2,560 perwakilan kerana sebahagiannya boleh dibeli. Jadi bosan tak pengundi?
UMNO lebih gemar kepada mereka yang taat setia membabi buta. Jika wujud pemimpin yang bagus tentulah sudah disejuk bekukan. Soalnya, kenapa UMNO tidak mahu menonjolkan pemimpin sebegini?
Di peringkat cawangan, ketua-ketua cawangan takut untuk menambah ahli terutama orang muda kerana takut akan ditengang, diperingkat bahagian ketua bahagian sibuk mencantas pemimpin yang berpotensi, di peringkat tertinggi pemimpin sibuk membeli undi, jadi janganlah salahkan rakyat jika mereka mual dan muak dengan UMNO.
Pemimpin yang baik pula biasanya tidak diberi peluang kerana dikhuatiri akan menenggelamkan pemimpin yang gilakan kuasa. Akhirnya pemimpin sebegini hilang begitu sahaja atau masuk parti pembangkang yang lebih terbuka memberi tempat kepada mereka. Siapa yang rugi? Dan pengundi terus bosan melihatnya. Jika ini berterusan maka tunggulah saatnya UMNO akan ditalkinkan.
Renung-renungkanlah.

Langgan:
Catatan (Atom)